June 18, 2013

Perjalananku


apabila menerima mesej dari seorang sahabat "tahniah..kamu dapat IPG di kedah"..terpukul dan terpaku.."hah?? kedah??jauhnya..(monolog dalam hati)"..waktu tu hanya Allah saja yg tahu apa yang aku rasakan..harapan untuk masuk ke IPG Keningau tidak tercapai..sebelum melangkahkan kaki ke negeri jelapang padi..aku sering bermonolog dalam hati dengan menimbulkan pelbagai persoalan..memang tidak dapat dinafikan perasaan takut dan bimbang sering menyelubungi diri..tapi mak dan bapa adalah orang yang selalu memberi kata-kata semangat, dorongan dan nasihat..mak dan bapa kata ada hikmah kenapa aku dipilih untuk menjejakkan kaki ke negeri jelapang padi..ada sebab kenapa Allah menghantar aku ke negeri ini...

debaran semakin terasa pabila tiba hari yang ditunggu2 iaitu penerbagan pertamaku ke negeri kedah..terasa berat hati untuk meninggalkan keluarga dan negeri kelahiran ku..sebelum masuk ke balai pelepasan..mak dan bapa berpesan.."jaga diri elok2..datang kedah dengan niat untuk menimba ilmu..jangan lupa solat..jaga perilaku dengan orang lain dan jangan lupa selalu call mak dan bapa.." ya Allah sebak sungguh hati tambahan lagi air mata kedua ibu bapa ku mengalir membasahi pipi...ya Allah sayu hati bila tngok..aku cuba untuk menahan air mataku daripada mengalir walaupun kelopak mata dipenuhi dengan air mata..masuk ke balai pelepasan..lambaian daripada ibu bapaku menemaniku sehingga kelibat mereka tidak kelihatan dari pandangan mataku..

pabila kaki menyentuh tanah negeri kedah..sehingga ke hari ini..aku sangat bersyukur kerana Allah telah meletakkanku di satu tempat yang dapat memberiku sedikit demi sedikit pengisian kepada pencarianku selama ini...Allah telah mendatangkan kepadaku sahabat2 dan kakak2 Naqibah yang sangat baik dan banyak membimbingku..Alhamdulillah...teringat pesan guruku.."haidah galilah sebanyak manapun ilmu di negeri kedah..bersahabatlah dengan orang2 yang baik..jangan sia2kan masamu selama 5 tahun setengah di negeri yang mana masyarakatnya begitu cintakan ilmu.." now..hanya tinggal 2 tahun setengah lagi aku berada di negeri ini...InshaAllah aku akan cuba untuk menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya..sekurang2nya tidak pulang dengan tangan kosong. :) InshaAllah..

May 7, 2013

soalan yang mencemaskan

sewaktu melintas Titian Sirat, tiada harapan kecuali Kasih-Mu Tuhan..
sebuah buku yang ditulis oleh Suyadi..pengisian yang sangat memberi sentuhan pada Qalbu..pengisian yang menyedarkan diri betapa banyaknya perkara yang perlu dilakukan.. menyedarkan diri betapa banyaknya dosa yang telah dilakukan..(Astaghfirullah)

salah satu topik yang disentuh dalam buku ini ialah "soalan yang mencemaskan"..soalan ini akan dikemukakan semasa di hari perhitungan..6 soalan yang mencemaskan iaitu :

1. soalan keimanan
2. soalan berkaitan amanah
3. soalan berkaitan mata, telinga dan hati
4. soalan berkaitan umur, ilmu dan harta
5. soalan berkaitan dengan nikmat Allah
6. soalan berkaitan janji dan sumpah

soalan berkaitan mata, telinga dan hati


ia merupakan soalan yang ketiga yang akan ditanya..
setiap pemimpin negara ataupun ketua keluarga tidak akan terlepas daripada tanggungjawab ini begitu juga dengan orang yang bekerja sepanjang hidupnya. setiap manusia bertanggungjawab ke atas jawatan dan kerjanya (tidak ada manusia yang akan terlepas daripada soalan ini)..contohnya seorang petani bertanggungjawab atas hasil pertaniannya. selepas itu manusia akan disoal berkaitan dengan amanah yang dimiliki oleh semua manusia iaitu mata, telinga dan hati. 

mengapa mata, hati dan telinga?? mengapa anggota lain seperti kaki, tangan, kepala, rambut dan lain-lain tidak disoal??ini kerana ketiga3 anggota tubuh sini memegang peranan penting dalam menentukan amal baik dan buruk manusia itu. 
Allah menyatakan dalam surah Al- Israk ayat 36

 " jangan kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui. sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya pasti ditanya apa yang dilakukan".

manusia dapat melihat perkara haram dengan mata, kemudian tidak mengalihkan pandangan. malah memrhatikan, meniikmati dan akhirnya menggerakkan kaki dan tangan bagi menikmati apa yang dilihatnya itu. pada masa itu, catatan amal menambah lagi keburukan untuk dirinya. 

kita dapat mendengar suara daripada satu ataupun sekumpulan orang yang tidak sengaja ataupun secara kebetulan dengan telinga. kemudian kita memasang telinga, mengumpat dan bersangka buruk kepada apa yang kita dengari. Walhal, Allah melarang kita berburuk sangka serta mencari keburukan orang lain.

Allah berpesan dalam surah al - Hujurat ayat 12

" wahai orang beriman, jauhi kebanyakan sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. jangan kamu mencari kesalahan orang lain dan jangan kamu mengumpat yang lain. adakah kamu suka makan daging saudara yang sudah mati? sudah pasti kamu jijik kepadanya. bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi maha mengasihani"

manusia juga mudah terjebak dengan berita yang tidak benar, kemudian menyebarkan kepada orang lain dan akhirnya menimbulkan fitnah. semua ini bermula daripada pendengaran, terutamanya pada orang yang lemah imanya. sememangnya tabiat manusia ada yang suka mendengar cerita keburukan saudaranya dan menyebarkan berita yang didengari daripada mulut orang lain kepada semua manusia. tanpa disedari, dia memfitnah saudaranya sendiri walaupun dia tahu, perbuatan memfitnah itu adalah lebih kejam daripada membunuh. apabila pendengaran mengakibatkan kesan yang buruk, semakin bertambah berat keburukan yang tercatat dalam catatan amal manusia.

oleh itu, sememangnya wajar Allah meminta telinga bertanggungjawab atas apa yang didengarinya. manusia yang ditakdirkan mempunyai pendengaran yang kurang baik seperti cacat pendengaran, dia terlepas daripada beban tanggungjawab ini. oleh kerana itu, tanggungjawab telinga adalah tidak mendengar perkara yang haram dan menjauhkan tubuh badan daripada keburukan dan kejahatan.

hati juga tidak terlepas daripada tanggungjawab ini. Allah meminta pertanggungjawaban daripada organ tubuh yang istimewa ini. Allah bertanya "mengapa engkau suka menikmati perkara2 maksiat? mengapa engkau membiarkan hatimu terbelenggu oleh hal2 buruk? mengapa engkau membenci padahal aku mencintai dan menyukai apa yang engkau benci?"

Rasulullah menjelaskan perkara ini melalui hadis ini, "pada hari kiamat, Allah mendatangi hamba-Nya dan berkata, 'bukankan aku sudah menjadikan untukmu mata, telinga, harta dan anak2? aku juga sudah menundukkan untukmu binatang ternakan dan tanah, kemudian aku biarkan kamu menggunkannya dan menikmatinya.'"

manusia perlu berhati2 dan berwaspada menggunakan setiap organ tubuh, terutamanya mata, telinga dan hati. sekiranya tidak dikawal dengan baik, ketiga2 organ tubuh ini menjadi sumber malapetaka kepada manusia apabila hari kiamat nanti. ketiga2 organ ini menjadi sumber amal baik dan buruk yang dicatat dalam catatan amal manusia. hanya manusia sahaja yang dapat mengawal ketiga2 organ ini terselamat apabila melintasi titian sirat. berlainan pula dengan manusia yang tidak amanah kepada pendengaran, penglihatan dan hatinya tercampak daripada titian sirat.

:: just copy n paste daripada buku "terpelanting dari Siratulmustakim". perkongsian dan juga sebagai peringatan terutamanya buat diri ini..(insan yang lemah dan sering melakukan dosa) ::

April 19, 2013

sedih kerana berpisah dengannya??

ramai orang yang menyatakan "sedihnya bila berpisah dengannya".."betapa terguris hati ini pabila terpisah dengannya".."hanya dia yang pertama di hati ini"..sedihnya...(erk..apakah??)..That right..memang sedih dan sakitnya hati bila terpisah dengan orang yang kita betul2 sayang apatah lagi sekiranya dia adalah orang yang pertama berjaya membuka kunci hati kita..(cewah mcm doktor cinta la pula hehe)..tapi satu yang kita harus ingat..ada hikmah mengapa kita terpisah dengannya..Allah mengatur segalanya dan setiap rancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk hambanya... :D

memang sukar untuk kita menerima kenyataan bahawa orang yang kita sayang sepenuh hati pergi meninggalkan kita begitu sahaja..memang perit untuk kita lalui semua ini..payah untuk melupakan segala kenangan bersamanya..tapi lebih sakit dan parah lagi sekiranya kita terpisah daripada Sang Pencipta..hidup seperti berjalan di dalam gelap..tak ada cahaya yang menerangi..hati menjadi kelam..hati menjadi gelisah dan hati menjadi lebih parah lukanya..hidup menjadi tidak bermakna kerana tidak mendapat Rahmat dan Berkat daripadanya..(so pilih yang mana lebih sakit dan perit..terpisah dengan si Dia atau pun terpisah dengan Sang Pencipta?..)

soal jodoh?? setiap manusia dilahirkan didunia ini mempunyai pasangan masing-masing..jodoh itu rahsia Allah..walaupun digenggam kuat, andai dia bukan milik kita, ia akan terlepas jua..walaupun ditolak ke tepi, andai ia untuk kita, ia akan datang jua..itu lah namanya jodoh..(wah hebat pula aku berfalsafah ni ye hikhikhik...)..tak perlu risau.. :)


"perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik"
 (Surah Al- Nur ayat 26)

kita perlu risau andai diri kita semakin jauh dari Allah..Allah itu pemilik dunia ini..dia yang mentadbir seluruh alam ini..tanpa Allah siapa lah kita..jauhnya kita dengan Allah maka jauhlah kita dengan Rahmatnya..hidup yang tidak mendapat Rahmat dan keberkatan menjadikan hidup tidak bermakna..hidup tidak ada hala tuju dan porak peranda..cuba bayangkan andai kita jauh darinya..adakah hidup akan menjadi aman?? mahukah kita menjadi seperti orang yang berjalan dalam kegelapan?? tidak boleh melihat jalan dan tidak boleh melihat cahaya??..renung2kn lah..
::peringatan bersama terutamanya diri ini::

April 13, 2013

Insan yang Lemah

aku insan yang lemah..aku insan yang tidak lepas dari melakukan dosa..aku insan yang sering alpa dengan hal keduniaan..aku juga insan yang lemah dalam menjalankan istiqomah..ya Allah betapa lemahnya aku dalam menjalankan tanggungjawab sebagai hambamu..hati sering bertanya apakah aku mampu menghadapi segala ujian yang bakal engkau lemparkan kepada ku..kuatkah aku menghadapinya..apakah bekalan yang ada didalam diri ini mencukupi untuk aku bawa ke medan perjuangan..ya Allah...begitu lemahnya diri ini...


setiap kali aku berusaha menuju ke jalanmu..banyak dugaan yang aku terima..semakin banyak anasir2 lain datang menerpa ke arah ku..aku tahu ini merupakan ujian yang engkau berikan untuk menguji sejauh mana tahap keimanan ku kepadamu..kekadang aku hampir berputus asa dengan semua ini..ya Allah betapa lemahnya hambamu ini..lemaahnya diri ini menyebabkan begitu banyak dosa yang telah ku lakukan..aku sering terlupa dengan tanggungjawab dan amanah yang sepatutnya aku laksanakan sebagai umat Islam..
hati ini menangis bila teringatkan segala dosa yang telah aku lakukan..kealpaan dunia menyebabkan aku hanyut dalam belaian kesenangan dunia...


aku cuba untuk berubah menjadi yang lebih baik..tapi aku lemah dalam istiqomah..aku memerlukan panduan yang membolehkan aku memandu ke arah dan jalan yang betul dan tidak terpesong keluar daripada landasan.."ya Allah kurniakan lah kepada ku insan yang boleh membawa aku mendekatkan diri kepadamu..lindungilah aku dari terjebak dengan golongan yang ingkar akan perintahmu.." aku tahu hanya Allah yang menentukan segalanya..namun, sebagai insan..perlu berusaha untuk menggapai redha Illahi..

ya Allah ampunkan lah segala dosa-dosaku..
jangan biarkan aku terumbang-ambing dan tenggelam dalam lautan dosa..
berilah laku pimpinan agar aku tidak tersesat dalam menuju ke jalanmu..

March 28, 2013

Ingat Allah hati akan tenang


setiap langkah..setiap hembusan nafas..setiap senyuman dan setiap amalan yang kita lakukan akan mendapat keredhaan Allah sekiranya niat kita lakukan itu kerana Allah Taala..

melakukan sesuatu atas landasan yang betul akan menghasilkan buah yang bernilai..contohnya kita berkerja dengan niat untuk dapat keredhaan dariNya..nescaya kerja yang dihasilkan itu mempunyai kualiti dan nilai..dengan adanya keredhaan dari Allah, maka kita akan dapat merasai keindahan dunia dan juga akhirat..tapi sekiranya kita lakukan sesuatu sebab nakkan sesuatu contohnya kita lakukan kerja hanya untuk mendapat pujian orang semata2..kita tidak akan mendapat rahmat dari Allah..maksudnya di sini kita akan dapat kesenangan di dunia sahaja tetapi kita tidak akan dapat manfaat untuk dibawa ke akhirat kelak..
sama seperti kereta api..kalau kereta api berada di landasan yang betul maka perjalanan akan lancar dan selamat..tetapi kalau berada di landasan yang salah...apa akan berlaku?? fikir-fikirkan lah.. 

sama juga la sekiranya kita ingat kepada Allah..Allah tu sentiasa berada dekat dengan hambanya..Allah sangat menyayangi hambanya..buktinya..lihat diseliling kita..pelbagai nikmat yang Dia kurniakan..bahkan tubuh badan kita juga salah satu nikmat yang Allah kurniakan..manusia saja yang tidak sedar akan kehadiran nikmat yang telah Allah kurniakan..nikmat Allah terlalu banyak sehinggakan kita tidak dapat menghitungnya..


" dan jika menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menentukan jumlahnya. sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun dan Maha Penyayang"
( Surah Al Nahl ayat 18)

Allahu Akhbar..betapa sayangnya Allah ke atas hambanya..sehinggakan tidak terkira semua nikmat yang Dia berikan..sekiranya kita lihat semua yang diberikan..kita akan dapat  merasai betapa beruntungnya menjadi hamba yang taat dan beriman kepadanya..bermacam hadiah yang akan Allah berikan..hadiah yang paling indah ialah ganjaran syurga..sesungguhnya janji Allah itu adalah satu kepastian..:)

Namun apa yang kita dapat lihat pada hari ini...nikmat yang Allah kurniakan di sia2 kan begitu sahaja..nikmat yang Allah berikan sangat cantik tetapi manusia sendiri telah mencacatkan kecantikan itu..contohnya..zaman sekarang ramai orang yang melakukan pembedahan plastik untuk menambahkan lagi kecantikan terutamanya kecantikan pada paras rupa..kita kena yakin bahawa setiap yang Allah kurniakan adalah yang terbaik untuk hambanya..

sungguh beruntung bagi hamba Allah beriman dan sentiasa ingat kepada sang Pencipta..ingat Allah hati akan menjadi tenang..pabila kita menghadapi masalah ingatlah kepada Allah..InsyaAllah dengan mengingat Allah, jiwa  akan menjadi tenang dalam menghadapi sebarang masalah..bila tenang kita akan dapat merasai nikmat kebahagian.. :) 

" orang yang beriman dan hati mereka akan menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allahlah hati menjadi tenteram"
(Surah Al Ra'du ayat 28)


jom hayati lirik lagu Hakikat Bahagia - UNIC

Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi 
Terpendam bagai permata di dasar hati 

Bahagia itu ada pada hati 
Bertakhta di kerajaan diri 
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani 

Bahagia itu ada di jiwa 
Mahkota di singgahsana rasa 
Bahagia itu adalah suatu ketenangan 

Bila susah tiada gelisah 
Bila miskin syukur pada Tuhan 
Bila sakit tiada resah di jiwa 
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan mengingati Allah 
Jiwa kan menjadi tenang 

korus:
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran 
Bila kaya jadi insan pemurah 
Bila berkuasa amanah 
Bila berjaya tidak alpa 
Bila sihat tidak lupakan Tuhan 

Hakikatnya bahagia itu 
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan 

Semua insan kan mengerti 
Maksud terseni Ilahi 
Itulah zikir yang hakiki


:: sentiasa ingat Allah dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada :) ::

March 25, 2013

Rindu yang bertandang..

sambutan ulang tahun ke 14 dan merupakan sambutan yang terakhir sebelum arwah pergi menemui Ilahi
(4 April 2009)

walaupun sudah hampir 3 tahun arwah adik meninggalkan kami..aku tidak pernah melupakan wajah cerianya..setiap kali mendengar lagu kegemarannya dan melihat gambar arwah adik..tanpa ku sedari air mata mengalir dengan lajunya membasahi kedua2 pipi ini..ya Allah rindu yang bertandang kadang kala aku tidak dapat membendungnya.. 

setiap kali terpandang wajah yang seiras dengan wajahnya, mata ini tidak pernah terlepas untuk memandang..setiap kali melihat kawan2 yang ada adik sebaya dengan arwah adik..hati ini sedih dan rasa ingin menangis..setiap kali teringat kenangan bersama arwah adik..hanya Allah shja yang mengetahui apa yang aku rasakan..walaupun sudah lama meninggalkan kami..aku merasakan arwah adik berada dekat dengan diriku..aku sering kali terbayang senyuman yang terukur dibibirnya..senyuman yang sering arwah lemparkan kepada ku setiap kali bermain denganku..


semasa berjuang untuk melawan penyakit yang dialaminya..arwah tidak pernah serik untuk senyum walaupun dimamah kesakitan..arwah tetap cuba untuk mengangkat kepala dan tubuhnya untuk melihat keluarga yang datang menziarahinya dan cuba untuk bercakap walaupun sepatah..aku tahu sukar bagi arwah adik untuk berkata2..tapi semangat yang ada dalam diri arwah adik menjadi kekuatan kepadanya..

pesanan terakhir arwah adik kepada ku sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir 
"kak jangan pernah susahkan mak dgn bapa..bantu mak dgn bapa dan belajarlah rajin2.."
ya Allah sedihnya hati ini..pesanan ini menjadi kekuatan kepada diriku..setiap kali aku hampir lemas dengan kealpaan dunia..pesanan ini akan seolah2 berbisik2 di kedua telinga ku..bisikan itu mengingatkan aku kepada mak dan bapa..

semoga roh arwah adik dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
:: Al-Fatihah ::

March 22, 2013

Tersentuhnya...

selama seminggu menjalankan PBS di sekolah kebangsaan Kodiang telah memberi banyak pengalaman dalam hidupku. saya dapat berkenalan dengan murid-murid pendidikan khas. sedih dan terharu bila tengok murid-murid ini..walaupun ada yang aktif dan nakal, tapi bagi saya anak-anak ni sangat mulia.
hari last PBS, saya dok ceta dgn sorang murid PK, tersentuh bila dengar ceta murid ni...kalau sekali lihat murid ini mmg nampak agak nakal. tapi disebalik kenakalannya itu..

Perbualan :

Cikgu Aida : awak buat pa tu?
Murid  : x buat pa Cikgu
Cikgu Aida : awak tinggal dengan siapa?
Murid : saya tinggal dengan Tok la cikgu
Cikgu Aida : tinggal dgn Tok? knapa tak tinggal dgn mak dan ayah?
Murid  : ayah p keja..jarang dapat jumpa.mak dan meninggal ( saya tersentak...)
Cikgu Aida : awak ada abg dgn kakak tak?
Murid : saya tak dak kakak..ada abg ja 2 orang..abg sorang tingkatan 4 yg sorang lagi tinggal kat umah pkcik dgn mkcik (keluaga sebelah ayah) ~ jarang jumpa~
Cikgu Aida : owh..mak meninggal sebab sakit ka?
Murid : tak la..mak meninggal sebab kemalangan..ayah dan abg luka..ayah dgn abg selamat tapi mak tak dapat selamat...
Cikgu Aida : owh..awak penah tngk mak tak?
Murid : x penah..masa tu saya kecik lg Cikgu...
Cikgu Aida : owh..awak bercita2 nak jadi apa?
Murid : saya nak jadi PILOT cikgu..best dapat terbang dkt atas boleh p mana2 ja..
Cikgu Aida : kalau nak jadi PILOT awak kna rajin belajar nah..
Murid : ~hanya tersenyum~
Cikgu Aida : tw tk muka awak ada iras dengan muka adik cikgu..
Murid : ya ka? ada gambaq tk? nak tngok..
Cikgu Aida : ~bg kluaq nset..tkan Gallery buka gambaq adik...~
Murid : cikgu muka adik cikgu ada bintik2 putih mcm saya ka? gigi mcm sy gak ka?
Cikgu Aida :~ tersenyum ja...~
Cikgu Aida : lepas blik sekolah nt nak p mana pula?
Murid : hari ni saya nak p lawat kubur mak..
Cikgu Aida : p dgn sapa?
Murid : p sorang2 ja cikgu..
Cikgu Aida : p sorang?? berani ka?
Murid : saya selalu p sorang kt kubur mak..saya p bg bersih kubur mak..cabut rumput pas tu tanam bunga dkt kubur mak...
Cikgu Aida : ~terdiam~ dan hanya mampu tersenyum~

sedih la pula..rasa mcm nak nanges masa bceta dengan murid ni..(tahan..huhu)..Ya Allah tabahnya anak ini...

March 1, 2013

Indahnya Islam

 Alhamdulillah saya bersyukur sebab dilahirkan dalam islam..i'm proud to be muslim..islam agama yang sangat indah dan tenang lagi mendamaikan hati..islam agama yang syumul,mudah dan tak da sebarang unsur paksaan. "Islam is the way of life".. islam mengajar manusia ke arah kebenaran dan menjauhkan manusia dari kebatilan. Islam adalah satu pegangan yang kukuh..

Islam mengajar manusia cara bagaimana untuk menghormati antara satu sama lain, cara untuk bergaul dengan sesama manusia di dunia ini..islam menunjukkan jalan kebenaran dan jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang kita hadapi..Islam merangkumi semua aspek kehidupan kita didunia dan di akhirat.dengan islam kita dapat mengenal dan mendekatkan diri dengan Sang Pencipta..

islam pada nama sahaja tidak cukup..orang yang dikatakan benar2 islam adalah orang yang mengamalkan segala perintahnya dan meninggalkan larangannya..(ya Allah jauhkan lah aku daripada perkara yang boleh menjauhkan diriku dengan mu ya Allah..Lindungi lah diri ku ya Allah). Islam memelihara dan menjaga maruah diri ku.. (Thanks Allah) :D


Al-Quran adalah kitab yang paling mulia..setiap bait2 yang terdapat dalam Al-Quran memberikan ketenagan kepada pembacanya.penawar yang sangat mujarab untuk merawat hati adalah Al-Quran. 
" Sesungguhnya Al-Quran ini memberi pentunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka ada pahala yang besar"
(Surah Al- Isra 17:9)
indahnya hidup kalau baca Al-Quran dan menghayati setiap ayat-ayat Al-Quran..

mengamalkan islam dalam hidup akan mendapat ganjaran yang sangat tinggi nilainya..Allah sentiasa menepati janji yang dijanjikan kepada hamba yang taat kepadanya..Nabi Muhammad adalah Pesuruh Allah..setiap amalan yang Rasulullah amalkan adalah benar mengikut islam..betapa besarnya pahala yang kita perolehi sekiranya mengamalkan sunah Nabi Muhammad..

:: Jom sama2 Muhasabah diri ya..::
"tiadaTuhan selain Allah dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah"

Zikir Terapi- Lailaha Illallah -

the best medicine for our heart
Dengar dan hayati maksud zikir ni..
jom tingkatkan amalan harian kita.. :D

La ilaha Illallah muhammadur Rasulullah
there is none worthy of worship except Allah,Muhammad the messenger of Allah
tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah


Artikel iluvislam.com (perkongsian bersama)




Hari Jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum muslimin. Hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.

KEUTAMAAN HARI JUMAAT
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berkata:
"Hari paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari jumat, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintannya."

1. Hari yang paling mulia dan merupakan penghulu dari hari-hari

Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berkata:
"Hari jumaat adalah penghulu hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah, hari jumaat ini lebih mulia dari hari raya Idhul Fitri dan Idul Adha di sisi Allah, pada hari jumaat terdapat lima peristiwa, diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari jumaat juga Adam dimatikan, di hari jumaat terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selama tidak memohon yang haram, dan di hari jumaat pula akan terjadi kiamat, tidaklah seseorang malaikat yang dekat di sisi Allah, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari jumaat." (HR. Ahmad)

2. Waktu yang mustajab untuk berdo'a

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menyebut hari jumaat lalu beliau Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
"Di hari jumaat itu terdapat satu waktu yang jika seseorang muslim melakukan solat di dalamnya dan memohon sesuatu kepada Allah Ta'ala, nescaya permintaannya akan dikabulkan." Lalu beliau memberi isyarat dengan tangannya yang menunjukkan sedikitnya waktu itu. (HR. Bukhari Muslim)
Namun mengenai penentuan waktu, para ulama berselisih pendapat. Di antara pendapat-pendapat tersebut ada 2 pendapat yang paling kuat:

3. Waktu itu dimulai dari duduknya imam sampai pelaksanaan solat jumaat

Dari Abu Burdah bin Abi Musa Al-Asy'ari radhiyallahu 'anhu bahwa 'Abdullah bin 'Umar radhiyallahu 'anhuma berkata padanya, "Apakah engkau telah mendengar ayahmu meriwayatkan hadis dari Rasulullah sehubungan dengan waktu ijaabah pada hari jumaat?" Lalu Abu Burdah mengatakan, "Aku mendengar Rasulullah bersabda, 'Iaitu waktu antara duduknya imam sampai solat dilaksanakan.'" (HR. Muslim)
Imam Nawawi rahimahullah menguatkan pendapat di atas. Sedangkan Imam As-Suyuthi rahimahullah menentukan waktu yang dimaksud adalah ketika solat didirikan.

4. Batas akhir dari waktu tersebut hingga setelah Asar

Dari Jabir bin 'Abdillah radhiyallahu 'anhu, dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Hari jumaat itu dua belas jam. Tidak ada seorang muslim pun yang memohon sesuatu kepada Allah dalam waktu tersebut melainkan akan dikabulkan oleh Allah. Maka peganglah erat-erat (ingatlah bahwa) akhir dari waktu tersebut jatuh setelah 'asar." (HR. Abu Dawud)
Dan yang menguatkan pendapat kedua ini adalah Imam Ibnul Qayyim rahimahullah, beliau mengatakan bahwa, "Ini adalah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan generasi salaf dan banyak sekali hadis-hadis mengenainya."

5. Dosa-dosanya diampuni antara jumaat tersebut dengan jumaat sebelumnya

Dari Salman Al-Farisi radhiyallahu 'anhu mengatakan bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Tidaklah seseorang mandi pada hari jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau mengoleskan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia mendirikan solat yang sesuai dengan tuntunannya, lalu diam mendengarkan (dengan saksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (dosa-dosanya yang terjadi) antara jumaat tersebut dan jumaat berikutnya." (HR. Bukhari)


Amalan-Amalan yang Disyari'atkan pada Hari Jumaat :

1. Membaca surah al-Sajdah dan al-Insan dalam solat subuh.

Dari Abu Hurairah -radhiallahu anhu- dia berkata:
"Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dalam shalat subuh membaca: "ALIF LAAM MIIM TANZIIL AS-Sajadah (Surah As-Sajadah), dan 'HAL ATAA 'ALAL INSAANI HIINUM MINAD DAHRI (Surah Al-Insaan)." (Al-Bukhari dan Muslim)

2. Memperbanyakkan selawat

Dari Abu Umamah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berkata,
"Perbanyaklah selawat kepadaku setiap hari jumaat kerana selawatnya umatku akan dipersembahkan untukku pada hari jumaat, maka barangsiapa yang paling banyak berselawat kepadaku, dia akan paling dekat darjatnya denganku." (Baihaqi dengan sanad shahih)

3. Membaca surat Al Kahfi

Dari Abu Sa'id Al-Khudri radhiyallahu 'anhu, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari jumaat akan diberikan cahaya baginya diantara dua jumaat." (HR. Al Hakim dan Baihaqi dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani)

4. Memperbanyak do'a (Abu Daud)

5. Amalan-amalan solat jumaat (bagi laki-laki)

- Mandi, bersiwak, dan memakai wangi-wangian. - Berpagi-pagi menuju tempat shalat jumaat. - Diam mendengarkan khatib berkhutbah. - Memakai pakaian yang terbaik. - Melakukan solat sunnah selama imam belum naik ke atas mimbar.
Manfaatkan kelebihan hari Jumaat ini dengan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah saw sebagaimana disebut dalam hadis-hadis di atas. Semoga Allah merahmati dan membimbing kita semua ke jalan yang diredaiNya.

Allah s.w.t berfirman:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kalian mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Al-Imran:31)

::Jom amalkan Sunnah-sunnah Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam! ^_^::
salam jumaat semua..

February 22, 2013

Fighting!!

let's start fighting!!

assiment..berlambak2 haha..yeah!! syoknya mengisi masa dengan KKP..luv it..cewahh..haha (bunyi lain mcm ja ni hihi)..bulan feb..mac..april...penuh dengan jadual..jadual apakah?? jadual penentu tugasan hehe..waw..hebat..saya dengan kawan2 serumah masing2 membatukan diri layan surat cinta dari Lecture haha..ketawa sorang2 ni hehe (ops!! bukan gila ok.hehe)..:: sempat jgk brblog ni haha ::ehehe...

jadual harian ktaorg da stat padat..(lama da pn..sja ja buat2 tak tw..padan muka haha)..balik2 dari kuliah trus duduk depan laptop..jari jemari menekan keypad sambil berfikir apa benda la yang nak bagi masuk dalam microsoft word..(cari idea mcm mana nak mula hehe)..tdoq lwt bangun awal..p kuliah mata sembam haha..nak cover gna spek mata tp malas nak guna hihi (perasan mata tak rabun..tngok org pun dah tak jelas hahaha)..mcm tu la rutin ktaorg..kitaran hidup menjadi pelajar.. :D..

tambah2 lagi dengan buat tutorial dalam klas.perh..lagi la dysht..lain nak buat KKP lain lg nak buat pembentangan anatomi dan fisiologi, pengurusan bilik darjah, hubungan etnik n DLL..sangat memenatkan..tapi kena terima ja la..dah namanya pelajar kena la belajar kn hehe...stress mcm mna pun kna siapkan dn hantar tugasan..yeah!! fighting!! hehe...


:: Master Nescafe :P toing2 ::
malam2 nescafe menjadi peneman yang paling setia..dimana ada saya disitu ada nescafeee..hehe..(sayang awak!!haha)..tut2 hehe...."tiap hari sayang""..(iklan fair n lovely) haha


:: let's do it..yeah!! kkp is fun..kkp is cool..Fighting..cayok2 Haidah..
(semoga Allah permudahkan..AMIN..)

February 17, 2013

Tomorrow and tomorrow

ready untuk esok..akhirnya tamat la masa emas setelah seminggu bercuti sempena sambutan CNY..seminggu cuti seminggu tu jgk la keja assiment tak sentuh..buka2 ja soalan KKP..tup2 tak sampai 5 minit mata da berat..(minta tido la tu)..keja pn terbengkalai mcm tu ja (padan muka haha)...

esok da stat mula kuliah..kepala mula la nek pening2 (baru nak fikir pasai asiment huhu)..bersedia untuk kelas pembentangan yang sedang menunggu..menatap wajah kwn2, lecture, dan bangunan2 yang terbina indah nun d utaqa..hehe..bangun awal sebab ktaorg p kuliah kena naik kenderaan yang paling mewah..orang pun dok jeles dgn ktaorg haha (cuba teka apakah kenderaan itu?)..this is the answer --------> mr kaki..hahaha (selagi kudrat masih kuat selagi tu kami menumpang mu hihi)..

tapi..best gak ada kuliah..tak la bosan sangat dok rumah..(em..ya ka?? tettt!! haha)..apa2 pun..jom sama2 kita betulkan niat..esok nak p kuliah sebab nak menimba ilmu..niat menimba ilmu kerana Allah..dan apa yang penting ingat harapan orang jauh..(ibu bapa n family)..ke..(korang datang kuliah nak tengok..ehem2 ja..haha - gurau la..hehe)..harap2 esok dapat semangat dan mod yang baru (semangat tu penting sebab ktaorg nak meredah jalan raya yang penuh dengan trafic light hehe)..tanamkan azam nah..

:: ready for tomorrow..cayok2 HAIDAH!! ehehe ::

:: gud night and sweet dream..(jan lupa baca doa sebelum tdoq nah :D) ::

Amin...^_^...

February 15, 2013

percaya atau tak??

hobi saya bermain basikal, bermain badminton dan membaca buku..selain tu saya juga mempunyai satu lagi hobi iaitu saya suka baca komik..komik yang mcm mana?? cuba teka?? hehe..percaya atau tak ni la komik yang saya suka baca (baca berulang kali pn tak bosan hehe) komik karya ZINT hihi tettt..

korang mesti pelik kan?? perempuan tapi suka baca komik mcm ni hehe.. saya suka baca komik ni tme tension..walaupun jalan ceritanya agak brutal sikit tapi dalamnya ada menyelitkan unsur pengajaran secara tersirat..kalau korang baca dan cuba faham mesti korang dapat lihat apa unsur pengajaran yang cuba untuk disampaikan..hihi..maklumat tambahan, saya ni tak bpa nak minat baca komik cinta cintun ni haha :D..

Komik Karya Zint


watak utama Ax, Yosi dan Kaio


watak utama Siv dan Aken 


watak utama slay


watak utama Api


watak utama Kijiya

komik karya Zint Best..jalan ceritanya brutal tapi lawak hehe
:: percaya atau tak?? ni la kenyataannya  (this is real this is me) hehe :D ::

Tersenyumlah Untuk Hidup :)


"Jangan Bersedih Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia Dan Mutiara Untuk Orang Yang Paling Bahagia" sebuah penulisan yang dihasilkan oleh Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni dan diterjemahkan oleh  Muhammad Huzaifah. buku ini banyak memuatkan input2 yang berguna dan banyak memberikan nasihat yang membina.
"Tersenyum untuk Hidup" merupakan salah satu tajuk yang dimuatkan dalam buku ini. :D

jom baca!!

kristal kesepuluh "Tersenyum untuk Hidup"

" jadikanlah kediamanmu sebuah istana
binalah rumahmu daripada tanah
bukan istana yang dibina daripada gading"

manakala engkau tersenyum sedangkan hatimu penuh dengan duka dan nestapa, maka sesungguhnya engkau sedang meringankan beban dan membuka satu pintu untuk kebahagiaan. jangan ragu2 untuk tersenyum, kerana di dalam dirimu ada kekuataan yang besar yang meluap dengan senyuman. jangan menekan kekuatan itu, kerana dengan menekannya bererti engkau memaksa jiwamu masuk ke dalam botol penderitaan. tersenyum tidak akan membahayakanmu. bicaralah dengan orang di sekitarmu dengan bahasa qalbu. alangkah indahnya bibir kita ketika berbicara dengan bahasa senyum..

Stephen Gazzel mengatakan : " senyuman adalah suatu keharusan dalam bermasyarakat." ada benarnya apa yang dikatanya itu, kerana bila anda ingin bergaul dengan orang lain, anda harus bersikap baik dengan mereka. anda harus menyedari bahawa kehidupan bersosial menuntut anda untuk pandai membawa diri dan menyesuaikannya dengan keadaan. di antara kepandaian itu ialah murah dengan senyuman, kerana semua orang pasti senang dengan senyuman.

ketika engkau tersenyum di hadapan orang lain, maka engkau sedang memberikan kepada mereka kehidupan yang indah, optimis dan khabar gembira yang mereka harapkan. namun, ketika anda menemui orang lain dengan wajah yang kusut dan garang, maka sesungguhnya anda telah menyeksanya dengan perkara itu serta mengeruhkan suasana indah dan jernih dari kehidupan mereka. jadi kenapa anda rela menjadi penyebab kesengsaraan orang lain"?

Bekalan :
kemuliaan hanya akan diberikan kepada mereka 
yang selalu mendambakannya dengan penuh kesabaran

:: senyum la dengan orang..tak kira yang muda atau yang tua..senyuman itu kan satu sedekah ..^_^.. hehe ::
mulakan harimu dengan senyuman dan salam jumaat :)

February 14, 2013

Terima Seadanya..


orang kata susah nak terima sesuatu tu dengan seadanya..kadang2 kita akan rasa malu terhadap sesuatu perkara (malu tak bertempat kot haha)..kadang2 saya juga susah nak terima tapi bila fikir2 balik..kita ni pn sama ja (setiap orang ada kelemahan dan kekurangannya.-no body perfect) am i right? :D..

kita tak boleh la nak paksa orang lain itu berubah..kita mungkin boleh tegur atau bagi nasihat yang berhemah dan membina bukannya memaksa..bayangkan sekiranya berada ditempat orang yang kena paksa..apa korang rasa? mesti la rasa tercabar, marah, geram dan terasa diri sangat la rendah (bukan rendah ketinggian hehe), then boleh menyebabkan motivasi turun..lebih2 lagi kalau yang tegur tu sahabat sendiri..

memang betul sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa menasihati dan memberi teguran ke atas kesalahan yang kita lakukan..tapi kena ingat tegur dan bagi nasihat ada cara dan adab bukan main terjah ja hehe..kita tak tau apa yang orang rasa, apa masalah yang dihadapi dan apa yang berada di hati mereka..sebab kita ni bukan ahli nujum nak meramal btui dak? hihi :D..

Allah kurniakan akal kepada kita..so gunalah nikmat itu dengan sebaiknya...jangan guna ke arah yang salah..kita tak boleh kata dia ni teruk dan blabla...kita tak tau mungkin orang itu pn cuba untuk berubah supaya menjadi yang lebih baik..setiap manusia sentiasa inginkan kebaikan..tapi nak berubah itu bukan satu perkara yang mudah.nak berubah kena lalui step by step. kalau perubahan dilakukan secara Drastik takut orang lain terkejut pula hehe..so baik buat perubahan slow2 dan berterusan.. :D..

sama juga la dengan diri kita..kita ni bukannya sempurna. ada orang yang kaya tapi tak bahagia..so kita ni sepatutnya rasa bersyukur dengan kehidupan yang Allah kurniakan..walaupun hidup tak mewah tapi tetap rasa bahagia, dapat makan, minum, tempat tinggal, pakaian, dapat pendidikan..boleh membaca, mengira, menulis dan menaakul. ada lagi orang yang lebih teruk kehidupannya..dan kita patut rasa bersyukur sebab dikurniakan ibu bapa dan sahabat2 yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada kita..so sayangi la keluarga dan sahabat2 anda. tanpa mereka siapalah kita (cewah haha)

:: sekadar perkongsian dan menjadi peringatan buat diri ini ..^_^.. ::

February 13, 2013

Anatomy and Fisiology Part 1

The Nervous System



belajar anatomi dan fisiologi syok (kena banyak sabaq ja dan banyak mengingat hehe)..but still enjoy!! say i love to learn Anatomy and Fisiology..Peacee..hehe :D :D..
jom study sama2 hihi...

:: permata yang dicari ::



cinta tu fitrah manusia..
kalau suka kt seseorang..diam2 sudah (cewah jiwang la pla hehe)
luah la dkt Allah sesungguhnya Allah itu pendengar yang paling setia.. :D

" ya Allah jika dia benar untuk ku..
dekatkan lah hatinya dengan hatiku..
jika dia bukan milik ku..damaikan lah hatiku dengan ketentuanmu "

:: tetiba teringat lagu ni..layan feel sat haha :P ::


February 12, 2013

::My Last Love::

:: sedih ceta ni.. ::

huhu bngun2 layan muvie : my last love : sedihnya..sangat menyentuh hati..cerita yang mengisahkan seorang perempuan (Angel) yang lumpuh disebabkan satu kemalangan yang berlaku semasa dia ingin berjumpa dengan kekasih hatinya (hendra) belum sempat bertemu tiba2 sebuah kereta telah melanggarnya dan kemudian orang yang melanggarnya melarikan diri..(geram dekat orang yang langgar)..perempuan tu pun dikejarkan ke hospital..kekasih hatinya pun segera ke hospital untuk melihat keadaan kekasihnya..doktor ingin berjumpa  dengan salah satu daripada family perempuan itu..memandangkan kedaan ibu perempuan tidak berapa ok..so kekasihnya menggantikan tempat untuk bertemu dengan doktor tersebut..

doktor memberitahu bahawa kekasihnya itu tidak dapat berjalan (lumpuh) sebab kedua2 kakinya mengalami masalah teruk akibat daripada kemalangan tersebut. Hendra memberitahu perkara tersebut kepada ibu angel dan pergi begitu sahaja. bila angel sedar, dia terkejut sebab berada di hospital..dia bertanya kepada sahabat karibnya (Nad) apa sebenarnya yang telah berlaku..Nad menyatakan bahawa dia sudah tidak boleh berjalan lagi..(nanges :( huhuhu)...Angel tidak dapat menerima kenyataan tersebut..Hendra hanya melihat daripada pintu sahaja (bukannya nak p bg kata2 semangat..lari ada la haish..geram btul la)..semenjak kejadian itu, angel menjadi seorang yang sangat sensetif..hendra tidak pernah menghubungi Angel bahkan dia menukar nombor telefon yang baru (pengecut btul la ish...)..

Nad dan sorang lagi kawan lelaki membawa Angel p satu tempat (makan angin)..disitu Angel bertemu dengan seorang pemuda (Martin)..kalau nak tau Martin ni la orang yang melanggar Angel..Martin datang ke temapt itu untuk menenangkan fikiran kerana dihantui dengan rasa bersalah..secara tak sengaja bertemu dengan Angel. Martin sangat rasa bersalah dekat Angel..dia bertekad untuk mencari doktor pakar yang boleh menyembuhkan kaki angel seperti sedia kala..(asalnya Martin ni agak sosial tapi lepas kejadian tu dia berubah lebih2 lagi selepas bertemu dengan Angel)..perhubungan mereka menjadi semakin akrab..

pada satu hari..Martin mengalami masalah sakit kepala yang sangat teruk yang menyebabkan pandangan matanya kabur dan akhirnya pengsan..(Martin sering mengalami masalah sakit kepala dan darah keluar daripada hidung)..keluarga Martin segera membawanya ke hospital. setelah menjalani pemeriksaan, Doktor mendapati bahawa Martin menghidap penyakit kanser otak / barah otak..(sedihnya..nanges lagi...)..Martin telah menjalani pembedahan..setelah selesai pembedahan tersebut..Martin tidak dapat bercakap dan tidak boleh melihat..(Martin akan hilang ingatan) (arh...sedihnya....)..orang yang sentiasa berada di sisi Martin adalan Angel..satu hari..Angel p lawat Martin dan bertemu dengan Ex Gf Martin..

Angel kemudian masuk untuk melihat keadaan Martin..tiba2 Martin mengalami sakit kepala yang teruk..Angel cuba bangun untuk membantu Martin..satu keajaiban berlaku..(Angel boleh berdiri dan berjalan ke arah Martin)..Angel membawa Martin p tempat dimana mereka telah bertemu..(part sedih ni....). Martin memberi satu surat dekat Angel (dalam surat tu Martin bagi tau.."orang yang melanggar kamu adalah saya")..
Angel hanya mampu mengalirkan air mata..Angel membawa Martin balik ke rumah dan membacakan puisi2 yang ditulisnya..Martin meletakkan kepalanya di atas ribaan Angel..Martin menangis dan mengenangkan kenagan mereka dahulu...akhirnya Martin menghembuskan nafasnya di atas pangkuan Angel..(Sedih..nanges sampai mata bengkak ni..huhu..ada jgk ceta mcm ni..hero p dulu..)

:: saya dengan kawan sorang (Deana) dok nanges la..sakitnya hati tak dapat digambarkan dengan kata2 ni..abis baju basah..kalau la ceta ni btui2 berlaku..huh apa agaknya perasaan orang yang mengalaminya..sedangkan ktaorg yang tengok ni sedih sampai nanges.. :: kalau nak tengok ceta ni search dkt youtube taip "my last love"..

February 11, 2013

~tips untuk ibu mengandung~


khas buat ibu dan kaum wanita yang bakal menjadi ibu satu hari nanti InsyaAllah..(termasuk diri ini hehe)
surah-surah amalan untuk ibu yang mengandung.. :D

 surah Al-Fatihah


:: untuk terangkan hati dan kuat daya ingatan ::

Surah Luqman


:: untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan jiwanya ::

Surah Hujurat


:: untuk memperbanyakkan susu ibu dan sifat berhati-hati (anak) ::

surah Taubah


:: untuk membersihkan jiwa dan memelihara diri daripada maksiat ::

surah Maryam


:: memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang soleh ::

surah Yusuf


:: memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak ::

surah Yasin


:: untuk ketenangan hati dan anak jauh dari godaan iblis dan syaitan ::

surah An Nahl


:: untuk melahirkan anak yang berdisiplin ::

~~info ini sangat bermanfaat untuk kita bakal2 ibu~~
semoga apa yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada pembaca blog ini hehe
:: selamat beramal:: ..^_^..

::tetap dan berpencen::


:: sedih tapi tak la nanges sampai mcm ni hehe::
(hiasan semata-mata)

sedihnya...kawan-kawan blik umah bercuti..huhu mkn masakan mak..ktaorg tinggal la jd penjaga rumah yang paling setia..nak p jalan2 tp elaun tak masuk lg (sedih btui la)..ktaorg (saya dan deana) dok jeles bila tngk kwn2 post dkt fb "da smpi rumah"..huhu kalaulah keajaiban berlaku kan bagus..buka2 ja mata da ada kt rumah (Sabah)..alangkah bahagianya kalau btul2 dok kat rumah skg..tak la sunyi mcm ni (cewah emo la pula)...

:: elaun oh elaun ::

kalau elaun msukkan bgus..bleh p melancong hilangkan bosan (p SP ka, Alor star ka, p Penang ka tak pun Jitra Mall pn jadi la..) bila elaun tak da keja ktaorg p yawata cuci mata ja (terkilan ni isk2). kalau buat drama korea sedih skg boleh ni..ktaorg boleh bawa watak sedih..knpem lakonan menjadi hehe (Sabar la wahai hati)..ni baru 3 hari dah bosan tak smpi lg 4,5,6,7,8 hari (agak2nya apa la yg jadi kat kmi berdua ni)..


:: bosannya...::

macam2 da aktiviti buat kat rumah ni..(turun naik tangga, sapu rumah, basuh kain, cuci pnggan mangkuk, pergerakan asas (aplikasi kemahiran PJ sem lalu haha) dn DLL) masih jgk bosan perh..memandangkan aktiviti yang ktaorg buat tak dapat membantu untuk mengurangkan rasa bosan dan sunyi, maka kami ambil keputusan untuk buat kerja sendiri..layan perasaan sorang2..ddk dpn laptop 24 jam (kecuali bila msuk wktu solat off sat hehe)..on fb (stalker2 fb (jd jahat sat ja) hehe) then update la blog...ni ja la keja ktaorg..nak buat assigment mood pla tk nak mai (WIFI tk conncet lg hihi)

~~ berfikir untuk aktviti esok pula hehe~~
:: idea2 please come to me hehe::