May 7, 2013

soalan yang mencemaskan

sewaktu melintas Titian Sirat, tiada harapan kecuali Kasih-Mu Tuhan..
sebuah buku yang ditulis oleh Suyadi..pengisian yang sangat memberi sentuhan pada Qalbu..pengisian yang menyedarkan diri betapa banyaknya perkara yang perlu dilakukan.. menyedarkan diri betapa banyaknya dosa yang telah dilakukan..(Astaghfirullah)

salah satu topik yang disentuh dalam buku ini ialah "soalan yang mencemaskan"..soalan ini akan dikemukakan semasa di hari perhitungan..6 soalan yang mencemaskan iaitu :

1. soalan keimanan
2. soalan berkaitan amanah
3. soalan berkaitan mata, telinga dan hati
4. soalan berkaitan umur, ilmu dan harta
5. soalan berkaitan dengan nikmat Allah
6. soalan berkaitan janji dan sumpah

soalan berkaitan mata, telinga dan hati


ia merupakan soalan yang ketiga yang akan ditanya..
setiap pemimpin negara ataupun ketua keluarga tidak akan terlepas daripada tanggungjawab ini begitu juga dengan orang yang bekerja sepanjang hidupnya. setiap manusia bertanggungjawab ke atas jawatan dan kerjanya (tidak ada manusia yang akan terlepas daripada soalan ini)..contohnya seorang petani bertanggungjawab atas hasil pertaniannya. selepas itu manusia akan disoal berkaitan dengan amanah yang dimiliki oleh semua manusia iaitu mata, telinga dan hati. 

mengapa mata, hati dan telinga?? mengapa anggota lain seperti kaki, tangan, kepala, rambut dan lain-lain tidak disoal??ini kerana ketiga3 anggota tubuh sini memegang peranan penting dalam menentukan amal baik dan buruk manusia itu. 
Allah menyatakan dalam surah Al- Israk ayat 36

 " jangan kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui. sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya pasti ditanya apa yang dilakukan".

manusia dapat melihat perkara haram dengan mata, kemudian tidak mengalihkan pandangan. malah memrhatikan, meniikmati dan akhirnya menggerakkan kaki dan tangan bagi menikmati apa yang dilihatnya itu. pada masa itu, catatan amal menambah lagi keburukan untuk dirinya. 

kita dapat mendengar suara daripada satu ataupun sekumpulan orang yang tidak sengaja ataupun secara kebetulan dengan telinga. kemudian kita memasang telinga, mengumpat dan bersangka buruk kepada apa yang kita dengari. Walhal, Allah melarang kita berburuk sangka serta mencari keburukan orang lain.

Allah berpesan dalam surah al - Hujurat ayat 12

" wahai orang beriman, jauhi kebanyakan sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. jangan kamu mencari kesalahan orang lain dan jangan kamu mengumpat yang lain. adakah kamu suka makan daging saudara yang sudah mati? sudah pasti kamu jijik kepadanya. bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi maha mengasihani"

manusia juga mudah terjebak dengan berita yang tidak benar, kemudian menyebarkan kepada orang lain dan akhirnya menimbulkan fitnah. semua ini bermula daripada pendengaran, terutamanya pada orang yang lemah imanya. sememangnya tabiat manusia ada yang suka mendengar cerita keburukan saudaranya dan menyebarkan berita yang didengari daripada mulut orang lain kepada semua manusia. tanpa disedari, dia memfitnah saudaranya sendiri walaupun dia tahu, perbuatan memfitnah itu adalah lebih kejam daripada membunuh. apabila pendengaran mengakibatkan kesan yang buruk, semakin bertambah berat keburukan yang tercatat dalam catatan amal manusia.

oleh itu, sememangnya wajar Allah meminta telinga bertanggungjawab atas apa yang didengarinya. manusia yang ditakdirkan mempunyai pendengaran yang kurang baik seperti cacat pendengaran, dia terlepas daripada beban tanggungjawab ini. oleh kerana itu, tanggungjawab telinga adalah tidak mendengar perkara yang haram dan menjauhkan tubuh badan daripada keburukan dan kejahatan.

hati juga tidak terlepas daripada tanggungjawab ini. Allah meminta pertanggungjawaban daripada organ tubuh yang istimewa ini. Allah bertanya "mengapa engkau suka menikmati perkara2 maksiat? mengapa engkau membiarkan hatimu terbelenggu oleh hal2 buruk? mengapa engkau membenci padahal aku mencintai dan menyukai apa yang engkau benci?"

Rasulullah menjelaskan perkara ini melalui hadis ini, "pada hari kiamat, Allah mendatangi hamba-Nya dan berkata, 'bukankan aku sudah menjadikan untukmu mata, telinga, harta dan anak2? aku juga sudah menundukkan untukmu binatang ternakan dan tanah, kemudian aku biarkan kamu menggunkannya dan menikmatinya.'"

manusia perlu berhati2 dan berwaspada menggunakan setiap organ tubuh, terutamanya mata, telinga dan hati. sekiranya tidak dikawal dengan baik, ketiga2 organ tubuh ini menjadi sumber malapetaka kepada manusia apabila hari kiamat nanti. ketiga2 organ ini menjadi sumber amal baik dan buruk yang dicatat dalam catatan amal manusia. hanya manusia sahaja yang dapat mengawal ketiga2 organ ini terselamat apabila melintasi titian sirat. berlainan pula dengan manusia yang tidak amanah kepada pendengaran, penglihatan dan hatinya tercampak daripada titian sirat.

:: just copy n paste daripada buku "terpelanting dari Siratulmustakim". perkongsian dan juga sebagai peringatan terutamanya buat diri ini..(insan yang lemah dan sering melakukan dosa) ::