April 19, 2013

sedih kerana berpisah dengannya??

ramai orang yang menyatakan "sedihnya bila berpisah dengannya".."betapa terguris hati ini pabila terpisah dengannya".."hanya dia yang pertama di hati ini"..sedihnya...(erk..apakah??)..That right..memang sedih dan sakitnya hati bila terpisah dengan orang yang kita betul2 sayang apatah lagi sekiranya dia adalah orang yang pertama berjaya membuka kunci hati kita..(cewah mcm doktor cinta la pula hehe)..tapi satu yang kita harus ingat..ada hikmah mengapa kita terpisah dengannya..Allah mengatur segalanya dan setiap rancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk hambanya... :D

memang sukar untuk kita menerima kenyataan bahawa orang yang kita sayang sepenuh hati pergi meninggalkan kita begitu sahaja..memang perit untuk kita lalui semua ini..payah untuk melupakan segala kenangan bersamanya..tapi lebih sakit dan parah lagi sekiranya kita terpisah daripada Sang Pencipta..hidup seperti berjalan di dalam gelap..tak ada cahaya yang menerangi..hati menjadi kelam..hati menjadi gelisah dan hati menjadi lebih parah lukanya..hidup menjadi tidak bermakna kerana tidak mendapat Rahmat dan Berkat daripadanya..(so pilih yang mana lebih sakit dan perit..terpisah dengan si Dia atau pun terpisah dengan Sang Pencipta?..)

soal jodoh?? setiap manusia dilahirkan didunia ini mempunyai pasangan masing-masing..jodoh itu rahsia Allah..walaupun digenggam kuat, andai dia bukan milik kita, ia akan terlepas jua..walaupun ditolak ke tepi, andai ia untuk kita, ia akan datang jua..itu lah namanya jodoh..(wah hebat pula aku berfalsafah ni ye hikhikhik...)..tak perlu risau.. :)


"perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik"
 (Surah Al- Nur ayat 26)

kita perlu risau andai diri kita semakin jauh dari Allah..Allah itu pemilik dunia ini..dia yang mentadbir seluruh alam ini..tanpa Allah siapa lah kita..jauhnya kita dengan Allah maka jauhlah kita dengan Rahmatnya..hidup yang tidak mendapat Rahmat dan keberkatan menjadikan hidup tidak bermakna..hidup tidak ada hala tuju dan porak peranda..cuba bayangkan andai kita jauh darinya..adakah hidup akan menjadi aman?? mahukah kita menjadi seperti orang yang berjalan dalam kegelapan?? tidak boleh melihat jalan dan tidak boleh melihat cahaya??..renung2kn lah..
::peringatan bersama terutamanya diri ini::

April 13, 2013

Insan yang Lemah

aku insan yang lemah..aku insan yang tidak lepas dari melakukan dosa..aku insan yang sering alpa dengan hal keduniaan..aku juga insan yang lemah dalam menjalankan istiqomah..ya Allah betapa lemahnya aku dalam menjalankan tanggungjawab sebagai hambamu..hati sering bertanya apakah aku mampu menghadapi segala ujian yang bakal engkau lemparkan kepada ku..kuatkah aku menghadapinya..apakah bekalan yang ada didalam diri ini mencukupi untuk aku bawa ke medan perjuangan..ya Allah...begitu lemahnya diri ini...


setiap kali aku berusaha menuju ke jalanmu..banyak dugaan yang aku terima..semakin banyak anasir2 lain datang menerpa ke arah ku..aku tahu ini merupakan ujian yang engkau berikan untuk menguji sejauh mana tahap keimanan ku kepadamu..kekadang aku hampir berputus asa dengan semua ini..ya Allah betapa lemahnya hambamu ini..lemaahnya diri ini menyebabkan begitu banyak dosa yang telah ku lakukan..aku sering terlupa dengan tanggungjawab dan amanah yang sepatutnya aku laksanakan sebagai umat Islam..
hati ini menangis bila teringatkan segala dosa yang telah aku lakukan..kealpaan dunia menyebabkan aku hanyut dalam belaian kesenangan dunia...


aku cuba untuk berubah menjadi yang lebih baik..tapi aku lemah dalam istiqomah..aku memerlukan panduan yang membolehkan aku memandu ke arah dan jalan yang betul dan tidak terpesong keluar daripada landasan.."ya Allah kurniakan lah kepada ku insan yang boleh membawa aku mendekatkan diri kepadamu..lindungilah aku dari terjebak dengan golongan yang ingkar akan perintahmu.." aku tahu hanya Allah yang menentukan segalanya..namun, sebagai insan..perlu berusaha untuk menggapai redha Illahi..

ya Allah ampunkan lah segala dosa-dosaku..
jangan biarkan aku terumbang-ambing dan tenggelam dalam lautan dosa..
berilah laku pimpinan agar aku tidak tersesat dalam menuju ke jalanmu..