February 15, 2013

Tersenyumlah Untuk Hidup :)


"Jangan Bersedih Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia Dan Mutiara Untuk Orang Yang Paling Bahagia" sebuah penulisan yang dihasilkan oleh Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni dan diterjemahkan oleh  Muhammad Huzaifah. buku ini banyak memuatkan input2 yang berguna dan banyak memberikan nasihat yang membina.
"Tersenyum untuk Hidup" merupakan salah satu tajuk yang dimuatkan dalam buku ini. :D

jom baca!!

kristal kesepuluh "Tersenyum untuk Hidup"

" jadikanlah kediamanmu sebuah istana
binalah rumahmu daripada tanah
bukan istana yang dibina daripada gading"

manakala engkau tersenyum sedangkan hatimu penuh dengan duka dan nestapa, maka sesungguhnya engkau sedang meringankan beban dan membuka satu pintu untuk kebahagiaan. jangan ragu2 untuk tersenyum, kerana di dalam dirimu ada kekuataan yang besar yang meluap dengan senyuman. jangan menekan kekuatan itu, kerana dengan menekannya bererti engkau memaksa jiwamu masuk ke dalam botol penderitaan. tersenyum tidak akan membahayakanmu. bicaralah dengan orang di sekitarmu dengan bahasa qalbu. alangkah indahnya bibir kita ketika berbicara dengan bahasa senyum..

Stephen Gazzel mengatakan : " senyuman adalah suatu keharusan dalam bermasyarakat." ada benarnya apa yang dikatanya itu, kerana bila anda ingin bergaul dengan orang lain, anda harus bersikap baik dengan mereka. anda harus menyedari bahawa kehidupan bersosial menuntut anda untuk pandai membawa diri dan menyesuaikannya dengan keadaan. di antara kepandaian itu ialah murah dengan senyuman, kerana semua orang pasti senang dengan senyuman.

ketika engkau tersenyum di hadapan orang lain, maka engkau sedang memberikan kepada mereka kehidupan yang indah, optimis dan khabar gembira yang mereka harapkan. namun, ketika anda menemui orang lain dengan wajah yang kusut dan garang, maka sesungguhnya anda telah menyeksanya dengan perkara itu serta mengeruhkan suasana indah dan jernih dari kehidupan mereka. jadi kenapa anda rela menjadi penyebab kesengsaraan orang lain"?

Bekalan :
kemuliaan hanya akan diberikan kepada mereka 
yang selalu mendambakannya dengan penuh kesabaran

:: senyum la dengan orang..tak kira yang muda atau yang tua..senyuman itu kan satu sedekah ..^_^.. hehe ::
mulakan harimu dengan senyuman dan salam jumaat :)

No comments:

Post a Comment