February 8, 2013

Hati oh Hati

" ketahuilah bahawa di dalam dada manusia ada seketul daging, apabila ia baik maka baiklah badan seluruhya, apabila ia rosak maka rosaklah seluruhnya. ketahuilah seketul daging itu ialah hati"
(HR Bukhari dan Muslim)


hati adalah seketul daging yang mana di dalamnya terisi dengan seribu perasaan yang yang mana kadang-kadang sukar untuk diertikan. kebanyakan dari kita menjadi lemah kerananya (termasuk la diri ini). hati segalanya bermula di situ. hati yang penuh dengan kasih sayang, hati yang penuh dengan rasa benci dan dendam, hati yang sentiasa cintakan kedamaian, hati yang sentiasa menginginkan kepuasaan. cantik dan buruknya perilaku seseorang bergantung pada ketulusan hatinya. orang kata kalau hati baik wajah nampak berseri dan cuci tapi kalau hati kotor sebaliknya.

nak jaga hati bukanlah satu perkara yang mudah untuk kita lakukan. pelbagai cabaran dan dugaan yang harus kita tempuhi. semakin kuat kita untuk menjaganya semakin kuat dugaan yang datang ke arah kita. walaupun dikurniakan akal tapi kita sering kalah dengan kehendak dan kemahuan hati kita. hati yang asalnya bersih akan perlahan-lahan ditumbuhi dengan bintik2 hitam.ketahuilah bahawa hati manusia sangat rapuh. (ya Allah sukar bagiku untuk menjaganya..berilah aku kekuatan ya Allah..lindungilah hatiku ini dari terjerumus ke lembah kehitaman yang Allah)..


manusia mempunyai hati yang berbeza-beza. hati muttaqin : hati mereka umpama pelita yang bercahaya, bersih dan memancar sinar kesucian dan kebaikan. hati orang kafir : hati mereka hitam serta menabur kegelapan dan kejahatan. hati munafik : hati golongan ini berbungkus hijab kepura-puraan, bertopengkan keislaman dan menyembunyikan kekafiran. hati orang fasiq : kedudukan hatinya dalam keadaan melintang, tegak tidak tersembampun tidak, bahkan sentiasa di atas pagar antara kebenaran dan kebatilan. kita berada di hati yang mana??


sekuat mana pun seseorang itu, dia tetap akan tewas dengan hati. ayuh kita bersihkan hati dari kata yang kelam dan suram. jauhkanlah hati dari nafsu dan dendam kerana bimbang kita akan terus hanyut dalam jalan yang penuh dengan kegelapan. semoga kita terlindung dari kekejian hati..Amin.

No comments:

Post a Comment