February 8, 2013

memaafkan kesalahan tu kn lebih baik

sudah menjadi fitrah manusia nak kehidupan yang aman dan tak ada pergaduhan. tapi lumrah manusia juga untuk melakukan kesalahan. kita sering melakukan kesalahan sama ada secara sedar ataupun luar kesedaran kita. sebab apa berlaku? sedangkan manusia ada akal fikiran yang Allah dikurniakan. sebabnya tak ada manusia yang sempurna di dunia ini.


namun tak ada manusia yang nak kan kejahatan selama-lamanya. jahat mana pun manusia itu tetap ada sedikit di hatinya nak kan pada kebaikan. (kecuali orang yang telah digelapkan hatinya oleh Allah). kita tak boleh nak judgment orang tu tak baik dan bakal masuk neraka. kita bukan Allah nak tentukan hukuman kita bukan malaikat yang boleh mencatat amal baik dan kejahatan manusia. kita ni hanya hamba Allah yang hidup di atas muka bumi dan sering melakukan kesalahan. so sebagai manusia biasa, kita seharusnya bersifat lebih terbuka dan menerima apa yang berlaku dengan seadanya. sebab semua yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..betul tak? jangan beranggapan apa yang berlaku itu satu musibbah tapi yakinlah bahawa itu semua ujian daripada Allah (semakin banyak ujian yang Allah berikan itu bermakna Allah sayang dkt hambanya :D)

kesalahan yang susah kita nak maafkan bila kawan baik atau BFF buat masalah dkt kita..betui dak? kita selalu fikir perkara yang bukan2 dan sering menyalah tafsirkan keadaan. kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku dkt kawan kita. pernah tak diantara kita yang p tanya kt kwn tu masalah yang dia hadapi sebenarnya (kalau ada alhamdulillah). mesti kita segan nak tanya kn? tak pun kita akan kata "kalau di tnya pun mesti dia akan jawab tak ada apa2". satu perkara yang kita harus ingat, kita memerlukan kawan dalam hidup untuk berkongsi masalah, berkongsi ilmu dan berkongsi kasih sayang. seorang sahabat yang baik adalah memaafkan kesalahan sahabatnya dan sentiasa mengajak untuk melakukan kebaikan. setiap masalah yang dihadapi ada jalan penyelesaiannya.



memaafkan kesalahan orang lain adalah perlakuan yang sangat mulia. ia mampu membersihkan hati kita daripada titik2 hitam. selain itu ia mendidik kita supaya menjadi insan yang bersabar dan mampu menerima kekurangan orang lain. ini menjadi tugas dan keutamaan bagi kita. (peringatan untuk diri sendiri).

"kemaafan kamu itu lebih dekat kepada taqwa dan janganlah kamu melupakan keutamaan di antara kamu sesungguhnya Allah maha melihat segala apa yang kamu kerjakan"
(surah Al- Baqarah 237)


Eratkan ukhuwah dengan memaafkan kesalahan semua orang..
hidup aman dan bahagia sentiasa serta mendapat Rahmat dariNya..

:: salam jumaat::
~~mulakan harimu dengan senyuman ..^_^..~~



No comments:

Post a Comment