February 12, 2013

::My Last Love::

:: sedih ceta ni.. ::

huhu bngun2 layan muvie : my last love : sedihnya..sangat menyentuh hati..cerita yang mengisahkan seorang perempuan (Angel) yang lumpuh disebabkan satu kemalangan yang berlaku semasa dia ingin berjumpa dengan kekasih hatinya (hendra) belum sempat bertemu tiba2 sebuah kereta telah melanggarnya dan kemudian orang yang melanggarnya melarikan diri..(geram dekat orang yang langgar)..perempuan tu pun dikejarkan ke hospital..kekasih hatinya pun segera ke hospital untuk melihat keadaan kekasihnya..doktor ingin berjumpa  dengan salah satu daripada family perempuan itu..memandangkan kedaan ibu perempuan tidak berapa ok..so kekasihnya menggantikan tempat untuk bertemu dengan doktor tersebut..

doktor memberitahu bahawa kekasihnya itu tidak dapat berjalan (lumpuh) sebab kedua2 kakinya mengalami masalah teruk akibat daripada kemalangan tersebut. Hendra memberitahu perkara tersebut kepada ibu angel dan pergi begitu sahaja. bila angel sedar, dia terkejut sebab berada di hospital..dia bertanya kepada sahabat karibnya (Nad) apa sebenarnya yang telah berlaku..Nad menyatakan bahawa dia sudah tidak boleh berjalan lagi..(nanges :( huhuhu)...Angel tidak dapat menerima kenyataan tersebut..Hendra hanya melihat daripada pintu sahaja (bukannya nak p bg kata2 semangat..lari ada la haish..geram btul la)..semenjak kejadian itu, angel menjadi seorang yang sangat sensetif..hendra tidak pernah menghubungi Angel bahkan dia menukar nombor telefon yang baru (pengecut btul la ish...)..

Nad dan sorang lagi kawan lelaki membawa Angel p satu tempat (makan angin)..disitu Angel bertemu dengan seorang pemuda (Martin)..kalau nak tau Martin ni la orang yang melanggar Angel..Martin datang ke temapt itu untuk menenangkan fikiran kerana dihantui dengan rasa bersalah..secara tak sengaja bertemu dengan Angel. Martin sangat rasa bersalah dekat Angel..dia bertekad untuk mencari doktor pakar yang boleh menyembuhkan kaki angel seperti sedia kala..(asalnya Martin ni agak sosial tapi lepas kejadian tu dia berubah lebih2 lagi selepas bertemu dengan Angel)..perhubungan mereka menjadi semakin akrab..

pada satu hari..Martin mengalami masalah sakit kepala yang sangat teruk yang menyebabkan pandangan matanya kabur dan akhirnya pengsan..(Martin sering mengalami masalah sakit kepala dan darah keluar daripada hidung)..keluarga Martin segera membawanya ke hospital. setelah menjalani pemeriksaan, Doktor mendapati bahawa Martin menghidap penyakit kanser otak / barah otak..(sedihnya..nanges lagi...)..Martin telah menjalani pembedahan..setelah selesai pembedahan tersebut..Martin tidak dapat bercakap dan tidak boleh melihat..(Martin akan hilang ingatan) (arh...sedihnya....)..orang yang sentiasa berada di sisi Martin adalan Angel..satu hari..Angel p lawat Martin dan bertemu dengan Ex Gf Martin..

Angel kemudian masuk untuk melihat keadaan Martin..tiba2 Martin mengalami sakit kepala yang teruk..Angel cuba bangun untuk membantu Martin..satu keajaiban berlaku..(Angel boleh berdiri dan berjalan ke arah Martin)..Angel membawa Martin p tempat dimana mereka telah bertemu..(part sedih ni....). Martin memberi satu surat dekat Angel (dalam surat tu Martin bagi tau.."orang yang melanggar kamu adalah saya")..
Angel hanya mampu mengalirkan air mata..Angel membawa Martin balik ke rumah dan membacakan puisi2 yang ditulisnya..Martin meletakkan kepalanya di atas ribaan Angel..Martin menangis dan mengenangkan kenagan mereka dahulu...akhirnya Martin menghembuskan nafasnya di atas pangkuan Angel..(Sedih..nanges sampai mata bengkak ni..huhu..ada jgk ceta mcm ni..hero p dulu..)

:: saya dengan kawan sorang (Deana) dok nanges la..sakitnya hati tak dapat digambarkan dengan kata2 ni..abis baju basah..kalau la ceta ni btui2 berlaku..huh apa agaknya perasaan orang yang mengalaminya..sedangkan ktaorg yang tengok ni sedih sampai nanges.. :: kalau nak tengok ceta ni search dkt youtube taip "my last love"..

4 comments:

  1. pagi2 tengok crita sedih pastu nangis. apa kes ne. hahahaha :D

    ReplyDelete
  2. dah pernah buat entry ney .. haha .. tapi hikmah laa .. cerita ney best .. =D

    http://aliaazlovely.blogspot.com/2013/01/hikmah-di-sebalik-filem-my-last-love.html

    ReplyDelete
  3. hehe nice la entry yg awk buat.. like2 :)

    ReplyDelete