February 3, 2013

Syahadatul Haq

program Daurah "syahadatul Haq (penyaksian terhadap kebenaran)"
:: 02 Febuari 2013::




alhamdulillah sebab diberi kesempatan untuk mengikuti program Daurah yang diadakan di Politeknik (sebelah dengan IPDA). program bermula dari jam 8.00a.m sehingga 5.00 p.m. program ini banyak memberi input yang berguna kepada saya. saya dan rakan-rakan usrah yang lain didedahkan dengan pengertian kalimah syahadah, cara mengamalkan syahadah, apa yang menyebabkan kalimah syahadah itu istimewa, apa beza syahadah aku dan dia serta banyak lagi. 
"perlakuan syahadah kena dilakukan seiring dengan perbuatan dan percakapan kita" maksudnya laksanakan syahadah dengan sebetul2nya bukan main cakap sahaja tapi kenyataan tak lakukan pun (orang kedah kata "cakap lebat"hehe). 

::cara mengamalkan syahadah::
- mengamalkan rukun iman dan islam
- mengabdikan diri kepada Allah S.W.T
- tidak menyembah selain Allah S.W.T
- mengamalkan sunnah nabi 
kesimpulan = kita perlu menjadi muslim yang sebenar (mengamalkan islam itu sepenuhnya dan bukan atas nama islam semata-mata sahaja)

bagaimana kita nak laksanakan syahadatul haq??
ia boleh dilakukan melalui dua cara iaitu melalui Qauliyah dan Fiqliyah. Qauliyah merujuk kepada lisan manakala Fiqliyah merujuk kepada perbuatan. bagaimana nak laksanakan melalui Qauliyah dan Fiqliyah?
kalau dari segi Qauliyah kita boleh menggunakan cara seperti ajakan (ke arah kebaikan) dan memberi nasihat yang berhemah agar tidak menyinggung perasaan orang lain. Manakala dari segi Fiqliyah, kita haruslah menunjukkan akhlak yang baik kepada manusia. sekiranya akhlak kita baik, maka apa yang kita sampaikan mudah untuk diterima oleh manusia (InsyaAllah)..

 :: tujuh maratib amal ::


:: input yang sangat bernilai dan bermanfaat...Thanks Allah:: :D





No comments:

Post a Comment