February 14, 2013

Terima Seadanya..


orang kata susah nak terima sesuatu tu dengan seadanya..kadang2 kita akan rasa malu terhadap sesuatu perkara (malu tak bertempat kot haha)..kadang2 saya juga susah nak terima tapi bila fikir2 balik..kita ni pn sama ja (setiap orang ada kelemahan dan kekurangannya.-no body perfect) am i right? :D..

kita tak boleh la nak paksa orang lain itu berubah..kita mungkin boleh tegur atau bagi nasihat yang berhemah dan membina bukannya memaksa..bayangkan sekiranya berada ditempat orang yang kena paksa..apa korang rasa? mesti la rasa tercabar, marah, geram dan terasa diri sangat la rendah (bukan rendah ketinggian hehe), then boleh menyebabkan motivasi turun..lebih2 lagi kalau yang tegur tu sahabat sendiri..

memang betul sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa menasihati dan memberi teguran ke atas kesalahan yang kita lakukan..tapi kena ingat tegur dan bagi nasihat ada cara dan adab bukan main terjah ja hehe..kita tak tau apa yang orang rasa, apa masalah yang dihadapi dan apa yang berada di hati mereka..sebab kita ni bukan ahli nujum nak meramal btui dak? hihi :D..

Allah kurniakan akal kepada kita..so gunalah nikmat itu dengan sebaiknya...jangan guna ke arah yang salah..kita tak boleh kata dia ni teruk dan blabla...kita tak tau mungkin orang itu pn cuba untuk berubah supaya menjadi yang lebih baik..setiap manusia sentiasa inginkan kebaikan..tapi nak berubah itu bukan satu perkara yang mudah.nak berubah kena lalui step by step. kalau perubahan dilakukan secara Drastik takut orang lain terkejut pula hehe..so baik buat perubahan slow2 dan berterusan.. :D..

sama juga la dengan diri kita..kita ni bukannya sempurna. ada orang yang kaya tapi tak bahagia..so kita ni sepatutnya rasa bersyukur dengan kehidupan yang Allah kurniakan..walaupun hidup tak mewah tapi tetap rasa bahagia, dapat makan, minum, tempat tinggal, pakaian, dapat pendidikan..boleh membaca, mengira, menulis dan menaakul. ada lagi orang yang lebih teruk kehidupannya..dan kita patut rasa bersyukur sebab dikurniakan ibu bapa dan sahabat2 yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada kita..so sayangi la keluarga dan sahabat2 anda. tanpa mereka siapalah kita (cewah haha)

:: sekadar perkongsian dan menjadi peringatan buat diri ini ..^_^.. ::

4 comments: