August 5, 2014

selamat kembali AIDA!!

Assalamualaikum..
hai semua apa khbr??aida disini alhamdulillah semakin sihat dan pulih daripada sakit..syukur Allah masih berikan kesempatan kepada Aida untuk meneruskan pengajian yang tertangguh selama 1 tahun walaupun terpaksa berpisah dengan kawan-kawan sekelas tapi aida tahu disebalik semua itu ada hikmahnya..now..aida smbung semula pengajian yang tertangguh itu masih di institut yang sma iaitu di IPG Kampus Darul Aman Jitra Kedah dan berada di dalam semester 4(sepatutnya berada di sem 6)..rakan-rakan sekelas yang lama dan baru banyak membantu aida walaupun diorang tahu yang aida mengalami masalah dalam mengingat.aida perlukan masa untuk mengingat semula perkara-perkara yang berlaku..doktor  pernah bgtw aida yang aida akan mengalami sedikit masalah dalam mengingat..doktor kata ia akan pulih tapi mengambil masa yang agak lama..doktor mensihatkan aida supaya mencatat apa2 maklumat yang disampaikan oleh guru, kawan, keluarga dan pensyarah di dalam buku.hal ini untuk memudahkan aida membuat rujukan sekiranya aida tidak dapat ingat semula..
aida berdoa semoga perkara yang baik itu dipermudahkan oleh allah dan aida meminta yang tidak baik itu dijauhkan..aida juga memohon doa dari sahabat2 yang mengenal diri ini supaya aida dapat melalui perjalanan yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini..terima kasih semua yang sudi membantu dan menerima keadaan aida dengan seadanya..love you all!! :):):)

No comments:

Post a Comment