August 25, 2014

pengalaman mengajar erti sebuah kehidupan

Assalamualaikum...
saya merupakan seorang insan yang sering alpa dalam hal keduniaan..insan yang lemah dan insan yang tidak lepas dari melakukan dosa..saya merupakn seorang insan yang masih lagi tercari-cari apa yang diinginkan sebanarnya dalam hidup ini..ya saya akui untuk mencari dan mencapai apa yang diinginkan bukan lah satu perkara yang mudah untuk digapai..banyak pengalaman berliku yang harus kita tempuhi..tidak kira pengalaman itu yang menggembirakan ataupun yang menyedihkan..tapi aku sering mengingatkan diri ini supaya terima semua itu dengan hati yang terbuka kerana apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..

kadang kala aku berfikir...
adakah aku berada di alam realiti atau fantasi..
setiap kali ingin melelapkan mata...fikiranku sering bermain dengan kata-kata "adakah aku berada di alam realiti atau mimpi?"
aku berharap agar bila sedar dari tidur yang lena aku akan berada di alam realitiku..namun..pabila mata terbuka disiang hari..aku masih melihat dan berada dalam keadaan yang sama tidak ada yang berubah..aku bertanya lagi..betulkah aku berada dalam alam realiti ataupun fantasi semata-mata??

ketahuilah bahawa untuk melalui semua ini bukanlah satu perkara yang mudah..mmg mudah bagi mata yang memandang tapi begitu sukar bagi insan yang mengalaminya..aku hampir berputus asa dengan semua ini...tapi aku terus untuk pertahankan semangat dan kekuatan dalam diriku..aku harus percaya bahawa apa yang berlaku ke atas diri ku ini telah ditentukan olehNya..apa yang aku mampu lakukan hanyalah berdoa dan terus untuk berjuang dalam menghadapi liku-liku kehidupanku ini..

aku tahu dan aku sedar..ramai orang disekelilingku tidak dapat menerima dan sudah bosan dengan sikapku yang sering pelupa..aku dapat menggambarkan perasaan mereka..tapi jujur aku katakan aku tidak berniat untuk sengaja melupakan setiap perkara..aku cuba sedaya upayaku untuk mengingat setiap apa yang perlu aku lakukan..sama ada dari aspek keperluan harian ataupun tugasan..setiap apa yang berlaku ke atas diriku semua itu atas kehendak darinya..aku hanya insan biasa yang lemah dan tidak pernah terlepas dari melakukan dosa..aku memohon seribu kemaafan daripada masyarakat disekelilingku..andai aku ada membuat kalian sakit hati dengan perkataan dan perbuatanku aku memohon seribu kemaafan..

aku mohon tegurlah aku sekiranya aku ada melakukan salah ke atas kalian..
bantulah aku untuk mengingat setiap perkara yang penting..
bimbinglah aku ke jalan yang lurus..
dan tegurlah sekiranya aku ada melakukan kesalahan..

aku hanya mampu katakan "aku bangga dan bersyukur kerana Allah datangkan kalian semua kepada aku"
terima kasih...

No comments:

Post a Comment