June 18, 2013

Perjalananku


apabila menerima mesej dari seorang sahabat "tahniah..kamu dapat IPG di kedah"..terpukul dan terpaku.."hah?? kedah??jauhnya..(monolog dalam hati)"..waktu tu hanya Allah saja yg tahu apa yang aku rasakan..harapan untuk masuk ke IPG Keningau tidak tercapai..sebelum melangkahkan kaki ke negeri jelapang padi..aku sering bermonolog dalam hati dengan menimbulkan pelbagai persoalan..memang tidak dapat dinafikan perasaan takut dan bimbang sering menyelubungi diri..tapi mak dan bapa adalah orang yang selalu memberi kata-kata semangat, dorongan dan nasihat..mak dan bapa kata ada hikmah kenapa aku dipilih untuk menjejakkan kaki ke negeri jelapang padi..ada sebab kenapa Allah menghantar aku ke negeri ini...

debaran semakin terasa pabila tiba hari yang ditunggu2 iaitu penerbagan pertamaku ke negeri kedah..terasa berat hati untuk meninggalkan keluarga dan negeri kelahiran ku..sebelum masuk ke balai pelepasan..mak dan bapa berpesan.."jaga diri elok2..datang kedah dengan niat untuk menimba ilmu..jangan lupa solat..jaga perilaku dengan orang lain dan jangan lupa selalu call mak dan bapa.." ya Allah sebak sungguh hati tambahan lagi air mata kedua ibu bapa ku mengalir membasahi pipi...ya Allah sayu hati bila tngok..aku cuba untuk menahan air mataku daripada mengalir walaupun kelopak mata dipenuhi dengan air mata..masuk ke balai pelepasan..lambaian daripada ibu bapaku menemaniku sehingga kelibat mereka tidak kelihatan dari pandangan mataku..

pabila kaki menyentuh tanah negeri kedah..sehingga ke hari ini..aku sangat bersyukur kerana Allah telah meletakkanku di satu tempat yang dapat memberiku sedikit demi sedikit pengisian kepada pencarianku selama ini...Allah telah mendatangkan kepadaku sahabat2 dan kakak2 Naqibah yang sangat baik dan banyak membimbingku..Alhamdulillah...teringat pesan guruku.."haidah galilah sebanyak manapun ilmu di negeri kedah..bersahabatlah dengan orang2 yang baik..jangan sia2kan masamu selama 5 tahun setengah di negeri yang mana masyarakatnya begitu cintakan ilmu.." now..hanya tinggal 2 tahun setengah lagi aku berada di negeri ini...InshaAllah aku akan cuba untuk menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya..sekurang2nya tidak pulang dengan tangan kosong. :) InshaAllah..

2 comments:

  1. haidah.. bersyukulah kita dpt study d negeri org.. dulu aku teringin sambung blajar d mesir..jauh dr bumi mlaysia.. tp mama x bg.. last2 dpt kedah.walaupun masih dlm Malaysia baru aku tau siksanya berpisah ngn family... huhu.. tp sgt bersyukur..ilmu dan pengalaman menjadikan kita dewasa

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..pengalaman mendewasakan..disebalik kesedihan kita..rupa2nya ada hikmah..hehe

    ReplyDelete