May 19, 2011

Lumrah Hidup..

  1. dalam kehidupan manusia pelbagai kisah yang tersimpan sama ada yg tersirat mahupun yg tersurat. kita tidak tahu apa sebenarnya yg bakal kita lalui sepanjang kita hidup di dunia yg nyata ini. kadang-kadang saya sendiri terfikir apa yg akal bakal saya lalui kelak lebih-lebih lagi bila umur saya semakin meningkat dewasa. hidup kita ini umpama roda kadang kala boleh berada di atas kadang kala berada di bawah. bila kita dilimpahi dengan kesenangan, kemewahan, harta benda. kita mudah alpa lebih-lebih lagi dalam mengejar kuasa dan pangkat darjat. dalam kealpaan kita itu, kita lupa untuk menadahkan kedua tapak tangan kita kepada yg Maha Esa untuk bersyukur ke atas nikmat yg diberikan kepada kita. adakah kita lupa bahawa semua ini adalah milik yg Maha Esa??..yg kaya menindas yg miskin, menghina, mencerca, membaling batu dan menyeksa mereka seperti haiwan. adalah mereka sedar bahawa miskin atau kaya adalah sama. mereka hidup di atas pntas yg sama. tidak ada yg beza.
  2. cinta?? ada apa dengan cinta?? apa makna cinta?? hrmm..dalam hidup manusia dikurniakan fitrah untuk memiliki perasaan cinta. namun kenapa dan mengapa cinta sering dikotori?? cinta adalah suci tanpa adanya unsur maksiat. cinta dalam islam adalah cinta yg sangat terbaik...bercintalah mengikut cara islam...

No comments:

Post a Comment