May 7, 2013

soalan yang mencemaskan

sewaktu melintas Titian Sirat, tiada harapan kecuali Kasih-Mu Tuhan..
sebuah buku yang ditulis oleh Suyadi..pengisian yang sangat memberi sentuhan pada Qalbu..pengisian yang menyedarkan diri betapa banyaknya perkara yang perlu dilakukan.. menyedarkan diri betapa banyaknya dosa yang telah dilakukan..(Astaghfirullah)

salah satu topik yang disentuh dalam buku ini ialah "soalan yang mencemaskan"..soalan ini akan dikemukakan semasa di hari perhitungan..6 soalan yang mencemaskan iaitu :

1. soalan keimanan
2. soalan berkaitan amanah
3. soalan berkaitan mata, telinga dan hati
4. soalan berkaitan umur, ilmu dan harta
5. soalan berkaitan dengan nikmat Allah
6. soalan berkaitan janji dan sumpah

soalan berkaitan mata, telinga dan hati


ia merupakan soalan yang ketiga yang akan ditanya..
setiap pemimpin negara ataupun ketua keluarga tidak akan terlepas daripada tanggungjawab ini begitu juga dengan orang yang bekerja sepanjang hidupnya. setiap manusia bertanggungjawab ke atas jawatan dan kerjanya (tidak ada manusia yang akan terlepas daripada soalan ini)..contohnya seorang petani bertanggungjawab atas hasil pertaniannya. selepas itu manusia akan disoal berkaitan dengan amanah yang dimiliki oleh semua manusia iaitu mata, telinga dan hati. 

mengapa mata, hati dan telinga?? mengapa anggota lain seperti kaki, tangan, kepala, rambut dan lain-lain tidak disoal??ini kerana ketiga3 anggota tubuh sini memegang peranan penting dalam menentukan amal baik dan buruk manusia itu. 
Allah menyatakan dalam surah Al- Israk ayat 36

 " jangan kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui. sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya pasti ditanya apa yang dilakukan".

manusia dapat melihat perkara haram dengan mata, kemudian tidak mengalihkan pandangan. malah memrhatikan, meniikmati dan akhirnya menggerakkan kaki dan tangan bagi menikmati apa yang dilihatnya itu. pada masa itu, catatan amal menambah lagi keburukan untuk dirinya. 

kita dapat mendengar suara daripada satu ataupun sekumpulan orang yang tidak sengaja ataupun secara kebetulan dengan telinga. kemudian kita memasang telinga, mengumpat dan bersangka buruk kepada apa yang kita dengari. Walhal, Allah melarang kita berburuk sangka serta mencari keburukan orang lain.

Allah berpesan dalam surah al - Hujurat ayat 12

" wahai orang beriman, jauhi kebanyakan sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. jangan kamu mencari kesalahan orang lain dan jangan kamu mengumpat yang lain. adakah kamu suka makan daging saudara yang sudah mati? sudah pasti kamu jijik kepadanya. bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi maha mengasihani"

manusia juga mudah terjebak dengan berita yang tidak benar, kemudian menyebarkan kepada orang lain dan akhirnya menimbulkan fitnah. semua ini bermula daripada pendengaran, terutamanya pada orang yang lemah imanya. sememangnya tabiat manusia ada yang suka mendengar cerita keburukan saudaranya dan menyebarkan berita yang didengari daripada mulut orang lain kepada semua manusia. tanpa disedari, dia memfitnah saudaranya sendiri walaupun dia tahu, perbuatan memfitnah itu adalah lebih kejam daripada membunuh. apabila pendengaran mengakibatkan kesan yang buruk, semakin bertambah berat keburukan yang tercatat dalam catatan amal manusia.

oleh itu, sememangnya wajar Allah meminta telinga bertanggungjawab atas apa yang didengarinya. manusia yang ditakdirkan mempunyai pendengaran yang kurang baik seperti cacat pendengaran, dia terlepas daripada beban tanggungjawab ini. oleh kerana itu, tanggungjawab telinga adalah tidak mendengar perkara yang haram dan menjauhkan tubuh badan daripada keburukan dan kejahatan.

hati juga tidak terlepas daripada tanggungjawab ini. Allah meminta pertanggungjawaban daripada organ tubuh yang istimewa ini. Allah bertanya "mengapa engkau suka menikmati perkara2 maksiat? mengapa engkau membiarkan hatimu terbelenggu oleh hal2 buruk? mengapa engkau membenci padahal aku mencintai dan menyukai apa yang engkau benci?"

Rasulullah menjelaskan perkara ini melalui hadis ini, "pada hari kiamat, Allah mendatangi hamba-Nya dan berkata, 'bukankan aku sudah menjadikan untukmu mata, telinga, harta dan anak2? aku juga sudah menundukkan untukmu binatang ternakan dan tanah, kemudian aku biarkan kamu menggunkannya dan menikmatinya.'"

manusia perlu berhati2 dan berwaspada menggunakan setiap organ tubuh, terutamanya mata, telinga dan hati. sekiranya tidak dikawal dengan baik, ketiga2 organ tubuh ini menjadi sumber malapetaka kepada manusia apabila hari kiamat nanti. ketiga2 organ ini menjadi sumber amal baik dan buruk yang dicatat dalam catatan amal manusia. hanya manusia sahaja yang dapat mengawal ketiga2 organ ini terselamat apabila melintasi titian sirat. berlainan pula dengan manusia yang tidak amanah kepada pendengaran, penglihatan dan hatinya tercampak daripada titian sirat.

:: just copy n paste daripada buku "terpelanting dari Siratulmustakim". perkongsian dan juga sebagai peringatan terutamanya buat diri ini..(insan yang lemah dan sering melakukan dosa) ::

April 19, 2013

sedih kerana berpisah dengannya??

ramai orang yang menyatakan "sedihnya bila berpisah dengannya".."betapa terguris hati ini pabila terpisah dengannya".."hanya dia yang pertama di hati ini"..sedihnya...(erk..apakah??)..That right..memang sedih dan sakitnya hati bila terpisah dengan orang yang kita betul2 sayang apatah lagi sekiranya dia adalah orang yang pertama berjaya membuka kunci hati kita..(cewah mcm doktor cinta la pula hehe)..tapi satu yang kita harus ingat..ada hikmah mengapa kita terpisah dengannya..Allah mengatur segalanya dan setiap rancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk hambanya... :D

memang sukar untuk kita menerima kenyataan bahawa orang yang kita sayang sepenuh hati pergi meninggalkan kita begitu sahaja..memang perit untuk kita lalui semua ini..payah untuk melupakan segala kenangan bersamanya..tapi lebih sakit dan parah lagi sekiranya kita terpisah daripada Sang Pencipta..hidup seperti berjalan di dalam gelap..tak ada cahaya yang menerangi..hati menjadi kelam..hati menjadi gelisah dan hati menjadi lebih parah lukanya..hidup menjadi tidak bermakna kerana tidak mendapat Rahmat dan Berkat daripadanya..(so pilih yang mana lebih sakit dan perit..terpisah dengan si Dia atau pun terpisah dengan Sang Pencipta?..)

soal jodoh?? setiap manusia dilahirkan didunia ini mempunyai pasangan masing-masing..jodoh itu rahsia Allah..walaupun digenggam kuat, andai dia bukan milik kita, ia akan terlepas jua..walaupun ditolak ke tepi, andai ia untuk kita, ia akan datang jua..itu lah namanya jodoh..(wah hebat pula aku berfalsafah ni ye hikhikhik...)..tak perlu risau.. :)


"perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik"
 (Surah Al- Nur ayat 26)

kita perlu risau andai diri kita semakin jauh dari Allah..Allah itu pemilik dunia ini..dia yang mentadbir seluruh alam ini..tanpa Allah siapa lah kita..jauhnya kita dengan Allah maka jauhlah kita dengan Rahmatnya..hidup yang tidak mendapat Rahmat dan keberkatan menjadikan hidup tidak bermakna..hidup tidak ada hala tuju dan porak peranda..cuba bayangkan andai kita jauh darinya..adakah hidup akan menjadi aman?? mahukah kita menjadi seperti orang yang berjalan dalam kegelapan?? tidak boleh melihat jalan dan tidak boleh melihat cahaya??..renung2kn lah..
::peringatan bersama terutamanya diri ini::

April 13, 2013

Insan yang Lemah

aku insan yang lemah..aku insan yang tidak lepas dari melakukan dosa..aku insan yang sering alpa dengan hal keduniaan..aku juga insan yang lemah dalam menjalankan istiqomah..ya Allah betapa lemahnya aku dalam menjalankan tanggungjawab sebagai hambamu..hati sering bertanya apakah aku mampu menghadapi segala ujian yang bakal engkau lemparkan kepada ku..kuatkah aku menghadapinya..apakah bekalan yang ada didalam diri ini mencukupi untuk aku bawa ke medan perjuangan..ya Allah...begitu lemahnya diri ini...


setiap kali aku berusaha menuju ke jalanmu..banyak dugaan yang aku terima..semakin banyak anasir2 lain datang menerpa ke arah ku..aku tahu ini merupakan ujian yang engkau berikan untuk menguji sejauh mana tahap keimanan ku kepadamu..kekadang aku hampir berputus asa dengan semua ini..ya Allah betapa lemahnya hambamu ini..lemaahnya diri ini menyebabkan begitu banyak dosa yang telah ku lakukan..aku sering terlupa dengan tanggungjawab dan amanah yang sepatutnya aku laksanakan sebagai umat Islam..
hati ini menangis bila teringatkan segala dosa yang telah aku lakukan..kealpaan dunia menyebabkan aku hanyut dalam belaian kesenangan dunia...


aku cuba untuk berubah menjadi yang lebih baik..tapi aku lemah dalam istiqomah..aku memerlukan panduan yang membolehkan aku memandu ke arah dan jalan yang betul dan tidak terpesong keluar daripada landasan.."ya Allah kurniakan lah kepada ku insan yang boleh membawa aku mendekatkan diri kepadamu..lindungilah aku dari terjebak dengan golongan yang ingkar akan perintahmu.." aku tahu hanya Allah yang menentukan segalanya..namun, sebagai insan..perlu berusaha untuk menggapai redha Illahi..

ya Allah ampunkan lah segala dosa-dosaku..
jangan biarkan aku terumbang-ambing dan tenggelam dalam lautan dosa..
berilah laku pimpinan agar aku tidak tersesat dalam menuju ke jalanmu..

March 28, 2013

Ingat Allah hati akan tenang


setiap langkah..setiap hembusan nafas..setiap senyuman dan setiap amalan yang kita lakukan akan mendapat keredhaan Allah sekiranya niat kita lakukan itu kerana Allah Taala..

melakukan sesuatu atas landasan yang betul akan menghasilkan buah yang bernilai..contohnya kita berkerja dengan niat untuk dapat keredhaan dariNya..nescaya kerja yang dihasilkan itu mempunyai kualiti dan nilai..dengan adanya keredhaan dari Allah, maka kita akan dapat merasai keindahan dunia dan juga akhirat..tapi sekiranya kita lakukan sesuatu sebab nakkan sesuatu contohnya kita lakukan kerja hanya untuk mendapat pujian orang semata2..kita tidak akan mendapat rahmat dari Allah..maksudnya di sini kita akan dapat kesenangan di dunia sahaja tetapi kita tidak akan dapat manfaat untuk dibawa ke akhirat kelak..
sama seperti kereta api..kalau kereta api berada di landasan yang betul maka perjalanan akan lancar dan selamat..tetapi kalau berada di landasan yang salah...apa akan berlaku?? fikir-fikirkan lah.. 

sama juga la sekiranya kita ingat kepada Allah..Allah tu sentiasa berada dekat dengan hambanya..Allah sangat menyayangi hambanya..buktinya..lihat diseliling kita..pelbagai nikmat yang Dia kurniakan..bahkan tubuh badan kita juga salah satu nikmat yang Allah kurniakan..manusia saja yang tidak sedar akan kehadiran nikmat yang telah Allah kurniakan..nikmat Allah terlalu banyak sehinggakan kita tidak dapat menghitungnya..


" dan jika menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menentukan jumlahnya. sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun dan Maha Penyayang"
( Surah Al Nahl ayat 18)

Allahu Akhbar..betapa sayangnya Allah ke atas hambanya..sehinggakan tidak terkira semua nikmat yang Dia berikan..sekiranya kita lihat semua yang diberikan..kita akan dapat  merasai betapa beruntungnya menjadi hamba yang taat dan beriman kepadanya..bermacam hadiah yang akan Allah berikan..hadiah yang paling indah ialah ganjaran syurga..sesungguhnya janji Allah itu adalah satu kepastian..:)

Namun apa yang kita dapat lihat pada hari ini...nikmat yang Allah kurniakan di sia2 kan begitu sahaja..nikmat yang Allah berikan sangat cantik tetapi manusia sendiri telah mencacatkan kecantikan itu..contohnya..zaman sekarang ramai orang yang melakukan pembedahan plastik untuk menambahkan lagi kecantikan terutamanya kecantikan pada paras rupa..kita kena yakin bahawa setiap yang Allah kurniakan adalah yang terbaik untuk hambanya..

sungguh beruntung bagi hamba Allah beriman dan sentiasa ingat kepada sang Pencipta..ingat Allah hati akan menjadi tenang..pabila kita menghadapi masalah ingatlah kepada Allah..InsyaAllah dengan mengingat Allah, jiwa  akan menjadi tenang dalam menghadapi sebarang masalah..bila tenang kita akan dapat merasai nikmat kebahagian.. :) 

" orang yang beriman dan hati mereka akan menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allahlah hati menjadi tenteram"
(Surah Al Ra'du ayat 28)


jom hayati lirik lagu Hakikat Bahagia - UNIC

Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi 
Terpendam bagai permata di dasar hati 

Bahagia itu ada pada hati 
Bertakhta di kerajaan diri 
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani 

Bahagia itu ada di jiwa 
Mahkota di singgahsana rasa 
Bahagia itu adalah suatu ketenangan 

Bila susah tiada gelisah 
Bila miskin syukur pada Tuhan 
Bila sakit tiada resah di jiwa 
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan mengingati Allah 
Jiwa kan menjadi tenang 

korus:
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran 
Bila kaya jadi insan pemurah 
Bila berkuasa amanah 
Bila berjaya tidak alpa 
Bila sihat tidak lupakan Tuhan 

Hakikatnya bahagia itu 
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan 

Semua insan kan mengerti 
Maksud terseni Ilahi 
Itulah zikir yang hakiki


:: sentiasa ingat Allah dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada :) ::

March 25, 2013

Rindu yang bertandang..

sambutan ulang tahun ke 14 dan merupakan sambutan yang terakhir sebelum arwah pergi menemui Ilahi
(4 April 2009)

walaupun sudah hampir 3 tahun arwah adik meninggalkan kami..aku tidak pernah melupakan wajah cerianya..setiap kali mendengar lagu kegemarannya dan melihat gambar arwah adik..tanpa ku sedari air mata mengalir dengan lajunya membasahi kedua2 pipi ini..ya Allah rindu yang bertandang kadang kala aku tidak dapat membendungnya.. 

setiap kali terpandang wajah yang seiras dengan wajahnya, mata ini tidak pernah terlepas untuk memandang..setiap kali melihat kawan2 yang ada adik sebaya dengan arwah adik..hati ini sedih dan rasa ingin menangis..setiap kali teringat kenangan bersama arwah adik..hanya Allah shja yang mengetahui apa yang aku rasakan..walaupun sudah lama meninggalkan kami..aku merasakan arwah adik berada dekat dengan diriku..aku sering kali terbayang senyuman yang terukur dibibirnya..senyuman yang sering arwah lemparkan kepada ku setiap kali bermain denganku..


semasa berjuang untuk melawan penyakit yang dialaminya..arwah tidak pernah serik untuk senyum walaupun dimamah kesakitan..arwah tetap cuba untuk mengangkat kepala dan tubuhnya untuk melihat keluarga yang datang menziarahinya dan cuba untuk bercakap walaupun sepatah..aku tahu sukar bagi arwah adik untuk berkata2..tapi semangat yang ada dalam diri arwah adik menjadi kekuatan kepadanya..

pesanan terakhir arwah adik kepada ku sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir 
"kak jangan pernah susahkan mak dgn bapa..bantu mak dgn bapa dan belajarlah rajin2.."
ya Allah sedihnya hati ini..pesanan ini menjadi kekuatan kepada diriku..setiap kali aku hampir lemas dengan kealpaan dunia..pesanan ini akan seolah2 berbisik2 di kedua telinga ku..bisikan itu mengingatkan aku kepada mak dan bapa..

semoga roh arwah adik dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
:: Al-Fatihah ::

March 22, 2013

Tersentuhnya...

selama seminggu menjalankan PBS di sekolah kebangsaan Kodiang telah memberi banyak pengalaman dalam hidupku. saya dapat berkenalan dengan murid-murid pendidikan khas. sedih dan terharu bila tengok murid-murid ini..walaupun ada yang aktif dan nakal, tapi bagi saya anak-anak ni sangat mulia.
hari last PBS, saya dok ceta dgn sorang murid PK, tersentuh bila dengar ceta murid ni...kalau sekali lihat murid ini mmg nampak agak nakal. tapi disebalik kenakalannya itu..

Perbualan :

Cikgu Aida : awak buat pa tu?
Murid  : x buat pa Cikgu
Cikgu Aida : awak tinggal dengan siapa?
Murid : saya tinggal dengan Tok la cikgu
Cikgu Aida : tinggal dgn Tok? knapa tak tinggal dgn mak dan ayah?
Murid  : ayah p keja..jarang dapat jumpa.mak dan meninggal ( saya tersentak...)
Cikgu Aida : awak ada abg dgn kakak tak?
Murid : saya tak dak kakak..ada abg ja 2 orang..abg sorang tingkatan 4 yg sorang lagi tinggal kat umah pkcik dgn mkcik (keluaga sebelah ayah) ~ jarang jumpa~
Cikgu Aida : owh..mak meninggal sebab sakit ka?
Murid : tak la..mak meninggal sebab kemalangan..ayah dan abg luka..ayah dgn abg selamat tapi mak tak dapat selamat...
Cikgu Aida : owh..awak penah tngk mak tak?
Murid : x penah..masa tu saya kecik lg Cikgu...
Cikgu Aida : owh..awak bercita2 nak jadi apa?
Murid : saya nak jadi PILOT cikgu..best dapat terbang dkt atas boleh p mana2 ja..
Cikgu Aida : kalau nak jadi PILOT awak kna rajin belajar nah..
Murid : ~hanya tersenyum~
Cikgu Aida : tw tk muka awak ada iras dengan muka adik cikgu..
Murid : ya ka? ada gambaq tk? nak tngok..
Cikgu Aida : ~bg kluaq nset..tkan Gallery buka gambaq adik...~
Murid : cikgu muka adik cikgu ada bintik2 putih mcm saya ka? gigi mcm sy gak ka?
Cikgu Aida :~ tersenyum ja...~
Cikgu Aida : lepas blik sekolah nt nak p mana pula?
Murid : hari ni saya nak p lawat kubur mak..
Cikgu Aida : p dgn sapa?
Murid : p sorang2 ja cikgu..
Cikgu Aida : p sorang?? berani ka?
Murid : saya selalu p sorang kt kubur mak..saya p bg bersih kubur mak..cabut rumput pas tu tanam bunga dkt kubur mak...
Cikgu Aida : ~terdiam~ dan hanya mampu tersenyum~

sedih la pula..rasa mcm nak nanges masa bceta dengan murid ni..(tahan..huhu)..Ya Allah tabahnya anak ini...

March 1, 2013

Indahnya Islam

 Alhamdulillah saya bersyukur sebab dilahirkan dalam islam..i'm proud to be muslim..islam agama yang sangat indah dan tenang lagi mendamaikan hati..islam agama yang syumul,mudah dan tak da sebarang unsur paksaan. "Islam is the way of life".. islam mengajar manusia ke arah kebenaran dan menjauhkan manusia dari kebatilan. Islam adalah satu pegangan yang kukuh..

Islam mengajar manusia cara bagaimana untuk menghormati antara satu sama lain, cara untuk bergaul dengan sesama manusia di dunia ini..islam menunjukkan jalan kebenaran dan jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang kita hadapi..Islam merangkumi semua aspek kehidupan kita didunia dan di akhirat.dengan islam kita dapat mengenal dan mendekatkan diri dengan Sang Pencipta..

islam pada nama sahaja tidak cukup..orang yang dikatakan benar2 islam adalah orang yang mengamalkan segala perintahnya dan meninggalkan larangannya..(ya Allah jauhkan lah aku daripada perkara yang boleh menjauhkan diriku dengan mu ya Allah..Lindungi lah diri ku ya Allah). Islam memelihara dan menjaga maruah diri ku.. (Thanks Allah) :D


Al-Quran adalah kitab yang paling mulia..setiap bait2 yang terdapat dalam Al-Quran memberikan ketenagan kepada pembacanya.penawar yang sangat mujarab untuk merawat hati adalah Al-Quran. 
" Sesungguhnya Al-Quran ini memberi pentunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka ada pahala yang besar"
(Surah Al- Isra 17:9)
indahnya hidup kalau baca Al-Quran dan menghayati setiap ayat-ayat Al-Quran..

mengamalkan islam dalam hidup akan mendapat ganjaran yang sangat tinggi nilainya..Allah sentiasa menepati janji yang dijanjikan kepada hamba yang taat kepadanya..Nabi Muhammad adalah Pesuruh Allah..setiap amalan yang Rasulullah amalkan adalah benar mengikut islam..betapa besarnya pahala yang kita perolehi sekiranya mengamalkan sunah Nabi Muhammad..

:: Jom sama2 Muhasabah diri ya..::
"tiadaTuhan selain Allah dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah"