February 10, 2013

impianku..InsyaAllah..

semua orang ada impian betui dak?? saya juga ada impian ..this is my dream..i wanna to be like this InsyaAllah..^_^..


nak capai impian ni bukalah mudah..sebab ia memerlukan istiqomah, keberanian dan ketabahan yang tinggi. saya bukan la orang kuat istiqomahnya, bukanlah seorang yang mempunyai keberanian dan ketabahan yang tinggi..saya hanya insan biasa yang lemah dan sering melakukan kesalahan..
rasa syok ja bila tngk kwn2 yg da mencapai tahap ni..kuat sungguh nekad dorang nak berubah. saya sering bertanya dalam hati "adakah saya mampu menjadi seperti mereka?". kata mak nak berubah jangan berubah sebab seseorang tapi berubah lah kerana Allah dan kerana diri sendiri. sebab Allah sentiasa berada di sisi orang yang ingin memerlukan bantuan dariNya. mak kata "banyakkan berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan untuk mencapai impian kita..Allah kn maha mendengar doa hamba2nya"..
saya ni bukanlah seorang yang expert dalam bab2 agama. saya juga sama dengan kawan-kawan dekat luar yang masih belajar dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik..
saya harap impian ni dapat saya kecapi..doakan saya ya.. :D..

February 8, 2013

Hijab I'm In Love

khas buat muslimah :D
hijab kau menceriakan hidupku

Hati oh Hati

" ketahuilah bahawa di dalam dada manusia ada seketul daging, apabila ia baik maka baiklah badan seluruhya, apabila ia rosak maka rosaklah seluruhnya. ketahuilah seketul daging itu ialah hati"
(HR Bukhari dan Muslim)


hati adalah seketul daging yang mana di dalamnya terisi dengan seribu perasaan yang yang mana kadang-kadang sukar untuk diertikan. kebanyakan dari kita menjadi lemah kerananya (termasuk la diri ini). hati segalanya bermula di situ. hati yang penuh dengan kasih sayang, hati yang penuh dengan rasa benci dan dendam, hati yang sentiasa cintakan kedamaian, hati yang sentiasa menginginkan kepuasaan. cantik dan buruknya perilaku seseorang bergantung pada ketulusan hatinya. orang kata kalau hati baik wajah nampak berseri dan cuci tapi kalau hati kotor sebaliknya.

nak jaga hati bukanlah satu perkara yang mudah untuk kita lakukan. pelbagai cabaran dan dugaan yang harus kita tempuhi. semakin kuat kita untuk menjaganya semakin kuat dugaan yang datang ke arah kita. walaupun dikurniakan akal tapi kita sering kalah dengan kehendak dan kemahuan hati kita. hati yang asalnya bersih akan perlahan-lahan ditumbuhi dengan bintik2 hitam.ketahuilah bahawa hati manusia sangat rapuh. (ya Allah sukar bagiku untuk menjaganya..berilah aku kekuatan ya Allah..lindungilah hatiku ini dari terjerumus ke lembah kehitaman yang Allah)..


manusia mempunyai hati yang berbeza-beza. hati muttaqin : hati mereka umpama pelita yang bercahaya, bersih dan memancar sinar kesucian dan kebaikan. hati orang kafir : hati mereka hitam serta menabur kegelapan dan kejahatan. hati munafik : hati golongan ini berbungkus hijab kepura-puraan, bertopengkan keislaman dan menyembunyikan kekafiran. hati orang fasiq : kedudukan hatinya dalam keadaan melintang, tegak tidak tersembampun tidak, bahkan sentiasa di atas pagar antara kebenaran dan kebatilan. kita berada di hati yang mana??


sekuat mana pun seseorang itu, dia tetap akan tewas dengan hati. ayuh kita bersihkan hati dari kata yang kelam dan suram. jauhkanlah hati dari nafsu dan dendam kerana bimbang kita akan terus hanyut dalam jalan yang penuh dengan kegelapan. semoga kita terlindung dari kekejian hati..Amin.

Don't Forget Allah

very nice song..
bila dengar lagu ni terasa sayu ja hati...



you're down and out 
you just can't cope
you wanna shout
you lost all hope
on your kness begging please
your turn and pray to find your way 
hey..
you make Do'a Allah's there
whoever you are cos he cares
then you forget to say thank you Allah
you forget to say Insha Allah
you forget to say SubhanAllah
raise your hands Alhamdulillah

lets flashback lets backtrack
to a time like yours and mind
the story of the three
who losed to be to be free
of their misery..
hey..
to the one poor he opened the doors
give him plenty on his bounty
then you forget tp say thank you Allah
you forget to say Insha Allah
you forget to say SubhanAllah
raise your hands Alhamdulillah

can't you see his promise to you
can't you see his promise is true
hold on to the rope of Allah
don't lose hope in Allah
if you remember Allah in prosperity
he'll not forsake you in adversity
be mindful of Allah 
he'll guide you to all that is good..

memaafkan kesalahan tu kn lebih baik

sudah menjadi fitrah manusia nak kehidupan yang aman dan tak ada pergaduhan. tapi lumrah manusia juga untuk melakukan kesalahan. kita sering melakukan kesalahan sama ada secara sedar ataupun luar kesedaran kita. sebab apa berlaku? sedangkan manusia ada akal fikiran yang Allah dikurniakan. sebabnya tak ada manusia yang sempurna di dunia ini.


namun tak ada manusia yang nak kan kejahatan selama-lamanya. jahat mana pun manusia itu tetap ada sedikit di hatinya nak kan pada kebaikan. (kecuali orang yang telah digelapkan hatinya oleh Allah). kita tak boleh nak judgment orang tu tak baik dan bakal masuk neraka. kita bukan Allah nak tentukan hukuman kita bukan malaikat yang boleh mencatat amal baik dan kejahatan manusia. kita ni hanya hamba Allah yang hidup di atas muka bumi dan sering melakukan kesalahan. so sebagai manusia biasa, kita seharusnya bersifat lebih terbuka dan menerima apa yang berlaku dengan seadanya. sebab semua yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..betul tak? jangan beranggapan apa yang berlaku itu satu musibbah tapi yakinlah bahawa itu semua ujian daripada Allah (semakin banyak ujian yang Allah berikan itu bermakna Allah sayang dkt hambanya :D)

kesalahan yang susah kita nak maafkan bila kawan baik atau BFF buat masalah dkt kita..betui dak? kita selalu fikir perkara yang bukan2 dan sering menyalah tafsirkan keadaan. kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku dkt kawan kita. pernah tak diantara kita yang p tanya kt kwn tu masalah yang dia hadapi sebenarnya (kalau ada alhamdulillah). mesti kita segan nak tanya kn? tak pun kita akan kata "kalau di tnya pun mesti dia akan jawab tak ada apa2". satu perkara yang kita harus ingat, kita memerlukan kawan dalam hidup untuk berkongsi masalah, berkongsi ilmu dan berkongsi kasih sayang. seorang sahabat yang baik adalah memaafkan kesalahan sahabatnya dan sentiasa mengajak untuk melakukan kebaikan. setiap masalah yang dihadapi ada jalan penyelesaiannya.



memaafkan kesalahan orang lain adalah perlakuan yang sangat mulia. ia mampu membersihkan hati kita daripada titik2 hitam. selain itu ia mendidik kita supaya menjadi insan yang bersabar dan mampu menerima kekurangan orang lain. ini menjadi tugas dan keutamaan bagi kita. (peringatan untuk diri sendiri).

"kemaafan kamu itu lebih dekat kepada taqwa dan janganlah kamu melupakan keutamaan di antara kamu sesungguhnya Allah maha melihat segala apa yang kamu kerjakan"
(surah Al- Baqarah 237)


Eratkan ukhuwah dengan memaafkan kesalahan semua orang..
hidup aman dan bahagia sentiasa serta mendapat Rahmat dariNya..

:: salam jumaat::
~~mulakan harimu dengan senyuman ..^_^..~~



February 3, 2013

Syahadatul Haq

program Daurah "syahadatul Haq (penyaksian terhadap kebenaran)"
:: 02 Febuari 2013::




alhamdulillah sebab diberi kesempatan untuk mengikuti program Daurah yang diadakan di Politeknik (sebelah dengan IPDA). program bermula dari jam 8.00a.m sehingga 5.00 p.m. program ini banyak memberi input yang berguna kepada saya. saya dan rakan-rakan usrah yang lain didedahkan dengan pengertian kalimah syahadah, cara mengamalkan syahadah, apa yang menyebabkan kalimah syahadah itu istimewa, apa beza syahadah aku dan dia serta banyak lagi. 
"perlakuan syahadah kena dilakukan seiring dengan perbuatan dan percakapan kita" maksudnya laksanakan syahadah dengan sebetul2nya bukan main cakap sahaja tapi kenyataan tak lakukan pun (orang kedah kata "cakap lebat"hehe). 

::cara mengamalkan syahadah::
- mengamalkan rukun iman dan islam
- mengabdikan diri kepada Allah S.W.T
- tidak menyembah selain Allah S.W.T
- mengamalkan sunnah nabi 
kesimpulan = kita perlu menjadi muslim yang sebenar (mengamalkan islam itu sepenuhnya dan bukan atas nama islam semata-mata sahaja)

bagaimana kita nak laksanakan syahadatul haq??
ia boleh dilakukan melalui dua cara iaitu melalui Qauliyah dan Fiqliyah. Qauliyah merujuk kepada lisan manakala Fiqliyah merujuk kepada perbuatan. bagaimana nak laksanakan melalui Qauliyah dan Fiqliyah?
kalau dari segi Qauliyah kita boleh menggunakan cara seperti ajakan (ke arah kebaikan) dan memberi nasihat yang berhemah agar tidak menyinggung perasaan orang lain. Manakala dari segi Fiqliyah, kita haruslah menunjukkan akhlak yang baik kepada manusia. sekiranya akhlak kita baik, maka apa yang kita sampaikan mudah untuk diterima oleh manusia (InsyaAllah)..

 :: tujuh maratib amal ::


:: input yang sangat bernilai dan bermanfaat...Thanks Allah:: :D