jom tngk vlog ni..bila tngk msti senyum :) hehe
February 6, 2013
February 3, 2013
Syahadatul Haq
program Daurah "syahadatul Haq (penyaksian terhadap kebenaran)"
:: 02 Febuari 2013::
alhamdulillah sebab diberi kesempatan untuk mengikuti program Daurah yang diadakan di Politeknik (sebelah dengan IPDA). program bermula dari jam 8.00a.m sehingga 5.00 p.m. program ini banyak memberi input yang berguna kepada saya. saya dan rakan-rakan usrah yang lain didedahkan dengan pengertian kalimah syahadah, cara mengamalkan syahadah, apa yang menyebabkan kalimah syahadah itu istimewa, apa beza syahadah aku dan dia serta banyak lagi.
"perlakuan syahadah kena dilakukan seiring dengan perbuatan dan percakapan kita" maksudnya laksanakan syahadah dengan sebetul2nya bukan main cakap sahaja tapi kenyataan tak lakukan pun (orang kedah kata "cakap lebat"hehe).
::cara mengamalkan syahadah::
- mengamalkan rukun iman dan islam
- mengabdikan diri kepada Allah S.W.T
- tidak menyembah selain Allah S.W.T
- mengamalkan sunnah nabi
kesimpulan = kita perlu menjadi muslim yang sebenar (mengamalkan islam itu sepenuhnya dan bukan atas nama islam semata-mata sahaja)
bagaimana kita nak laksanakan syahadatul haq??
ia boleh dilakukan melalui dua cara iaitu melalui Qauliyah dan Fiqliyah. Qauliyah merujuk kepada lisan manakala Fiqliyah merujuk kepada perbuatan. bagaimana nak laksanakan melalui Qauliyah dan Fiqliyah?
kalau dari segi Qauliyah kita boleh menggunakan cara seperti ajakan (ke arah kebaikan) dan memberi nasihat yang berhemah agar tidak menyinggung perasaan orang lain. Manakala dari segi Fiqliyah, kita haruslah menunjukkan akhlak yang baik kepada manusia. sekiranya akhlak kita baik, maka apa yang kita sampaikan mudah untuk diterima oleh manusia (InsyaAllah)..
:: tujuh maratib amal ::
:: input yang sangat bernilai dan bermanfaat...Thanks Allah:: :D
February 1, 2013
My Lovely Family
keluarga bahagia terbina atas dasar kasih sayang yang diredhai Allah..
this is my lovely Family.. :D
sebuah keluarga yang hidup sederhana sahaja tapi happy go lucky..(Alhamdulillah)

ni bapa..perwira hatiku..
sorang bapa yang sangat bertanggungjawab, penyayang, sabar melayan karenah anak-anak, sangat mementingkan pendidikan anak-anak, tak pernah berputus asa, sentiasa berusaha memberi yang terbaik untuk keluarga.walaupun tegas tapi hati baik..bapa yang terbaik dalam hidupku..saya bangga menjadi anakmu..(saya sayang bapa!!)

this is my mom..ratu hatiku..
mak selalu memastikan anak-anak berada dalam keadaan yang baik. sanggup buat apa sahaja demi anak-anak..mak tak pernah mengeluh bila menjaga kami semua..seorang yang tabah, penyabar dan mak mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada kami..walaupun mak selalu membebel tapi itu untuk kebaikan kami..mak marah bukan sebab benci dkt kita..tapi marah tu tandanya mak sayang..tak da ibu yang sanggup membiarkan anak-anak terus melakukan kesalahan. betul tak?.mom u always in my heart love u mom!!
adik beradik ku..
abang sulung (mohd Azlan) sebelah kanan (tegas dan sangat menitikberatkan pelajaran adik2) :: walaupun selalu gaduh tapi he is the best brother in this world hehe ::
dok tengah adik (mohd Azman) (anak yang kelima) (sorang yang tak banyak cakap,rajin, pnyabar dan tak kedekut) ::selalu minta belanja haha::
yg dok hujung sebelah kiri anak yang keenam..(mohd Jamizan) (mementingkan gaya rambut, banyak karenah sikit haha, main game hobi utama, dan suka buat lawak hihi ::suka cari gaduh dengan adik ni sebab bila marah banyak cakap kalah mak haha::
dorang ni sangat2 berminat dengan BOLA (biasalah lelaki kn hehe)
hah yang comey2 ni adik pompuan..Nurmini nama diberi..sorang yang berani mencuba sesuatu yang mencabar..kuat fizikal (atlet tu hehe)..tegas tapi baik hati..cpt belajaq contohnya hari ni ajar bawa motor esok hari dah bleh merempit haha (cun bawa motor dari kakak haha)
ni adik kedua bongsu..(Nur Alya)...yg ni suka nanges tapi banyak cakap ada ja ceta baru setiap hari haha
sukakn alat2 mekap (abih suma alat kosmetik dipakai haha) dan manja..adik ni suka kelentong orang (hati2)..kalau dia kata "saya nda mw coklat" maksudnya dia nak makan coklat haha (pelik tapi benar)
ni adik yang paling bongsu (NurFazila)..adik ni aktif skit (bukan hiperaktif hehe)
walaupun bongsu tapi nampak matang skit dari adik alya hehe
nampak ja kecik tapi keja orang besaq pun dia nak buat..(kalau orang menyapu..dia pn sibuk2 la nak menyapu haha)
kcik2 cili padi tapi kalau cakap suara kalah orang dewasa hikhikhik...
semoga rohmu ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
ni arwah adik (anak yang ketiga - Mohd Fazri)..telah kembali ke Rahmatullah pada 4.12.2009 ketika berusia 14 tahun (menghidap penyakit kronik kanser paru2)
arwah seorang yang aktif dalam bidang sukan, mahir dalam pelbagai bidang, mesra, rajin, dan tak suka buat orang marah..seorang yang berjiwa kental tak suka menyerah kalah..
(walaupun sakit tapi arwah adik tetap berusaha untuk bangkit sehingga ke hujung nafasnya yang terakhir)
i'm proud be ur sister ..Al-Fatihah..
:: semoga Allah mempermudahkan segala urusan keluarga kami di dunia dan di akhirat..Amin...::
Alhamdulillah ^_^..
Alhamdulillah for all things..
:: Dear Allah..::
today I woke up
i am healthy
i am alive
thanks Allah..
Alhamdulillah bngun pagi dalam keadaan yang baik dapat melihat dan menghayati alam ciptaanNya yang indah..(tarik dan hembus nafas smbil tersenyum :) )
:: aktiviti ::
aktiviti untuk ahli 4008 ---> jam 9.00 a.m gotong royong membersihkan rumah hehe..pertama sekali ktaorg membersihkan bahagian ruang tamu (tempat lepak hikhik)..kemas barang2 yg agak bersepah sikit pas tu sapu (miza tukang sapu hikhik) siap ja sapu lantai..miza mop lantai (siap guna downey lg..wangi tu...)
cik khuzaimah membersihkan kawasan hadapan luaq rumah..pungut sampah, susun kasut, selipaq dan sapu sampah hehe..
saya, kak ain dan adik deana kejo belakang tabir haha (kejo dkt dapur :D)
ktaorg yg dkt belakang ni bahagi2 kejo..sorang basuh kain, sorang cuci lantai dan sorang lagi tu fleksible (suma keja bleh buat haha)
susun pinggan mangkuk, gelas, sudu, garfu dan DLL..
(sorang ahli 4008 tk dak kt umah..p ambek lesen..)
alhamdulillah..ktaorg buat keja dgn baik..tak dak gaduh2 kihkih..nseb baik tak main simbah2 air kalau tak....jeng2!!! (agak2 pa jadi??) hehe
jam 10.45 a.m.. gotong royong pun selesai..yeah!!
:: gunakan hujung minggu anda sebaik mungkin dan salam jumaat (penghulu segala hari) ^_^..::
January 31, 2013
saya dan BFF
sesi bergambar di depan rumah sebelum ke kuliah pj hehe
yang comey2 tdung biru ni rumate tersayang hihi..Nurdiyanah nama diberi kehkeh
info penting :: cik kak sorang ni muda setahun (adik bongsu 4008 haha)
:: Deana terlebih posing haha ::
anak dara yang bertudung merah satu2nya anak jati kelantan 4008 haha
cik kak ain kita ni asyik nak masak ja kt umah..chef 4008. sapa2 yang nak resepi bleh la minta kat kak ain kita ni hihihi
anak dara sebelah adik Deana (tudung biru) Siti Armizah..cik kak sorang ni ketua rumah 4008 hehe
sorang yang teliti..dan paling penting mengamalkan gaya hidup sihat kehkehkeh (jog setiap hari hehe)
cik kak yang paling belakang (malu nak bergambaq) andi nur khuzaimah..cik kak ni org yg paling suwitt hihihi (chef kek kukus) haha
sorang lagi cik kak kitaorg tk join brgmbaq..nak kenai?? mai nak ceta skit hehe
nama diberi Siti Rahimah Binti Che Hassan..sngt fanatik dgn novelis islam terkenal (Hilal Ashraf) hampir suma buku diborongnya haha (peminat setia tu..hihihi)
inilah kami...tuttttt!!! hikhikhik
1, 2, 3 action!!
senyum seindah suria hahah tuttt!!
we're happy together!!
semoga persahabatan ini diredhai Allah dan berkekalan di dunia dan di akhirat..Amin..
peacee.. :D
January 28, 2013
Muhasabah diri
لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِى كَبَدٍ
Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);
(Surah Al-Balad 90: Ayat 4)
Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);
(Surah Al-Balad 90: Ayat 4)
selalu kita lihat, bagaimana seorang itu putus harapan apabila berdepan dengan dugaan yang berat. Kadang-kadang kita juga menghadapi keadaan seperti itu. Ketika itu, kita lupa lansung pada Allah.
Untuk keadaan seperti itu tidak terjadi atau tidak berulang lagi, setiap hari, kita haruslah bermuhasabah diri. Memikirkan apa baik buruk yang kita telah lakukan. Supaya jika hari itu kita ada melakukan kesalahan kepada orang-orang sekeliling kita, kita sempat untuk meminta maaf. Supaya, esoknya kita tidak mengulanginya lagi.
Rohani juga haruslah dikuatkan, kerana hidup ini sebenarnya dipandu oleh kekuatan rohani. Makanan rohani adalah ibadat, berzikir dan sebagainya. Ini kerana dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.
January 27, 2013
Renungan Bersama
6 batang kayu mancis ini ibarat diri kita (iman dalam diri)..kita bermula dari batang mancis yang pertama iaitu batang kayu mancis yang kurang sifat fizikalnya..(ibarat iman kita yang kurang)..merangkak mencari cahaya kasih dariNya..batang mancis yang kedua ibarat kita yang sedang berusaha untuk menjadi yang lebih baik..batang mancis yang ketiga..kita berusaha untuk istiqomah dalam melakukan sesuatu..kita cuba untuk menggapai kemanisan iman..batang mancis yang keempat..kita berjaya mencapai kemanisan iman yang kita cari2 selama ini..sungguh beruntung manusia yang mengabdikan dirinya kepada yang Maha Agung..
namun..hati manusia sentiasa berubah..begitu juga dengan iman kita..sekiranya kita tidak berusaha untuk menjaga iman kita, maka secara perlahan2 iman akan semakin berkurang ibarat kayu mancis yang ke lima..lama-kelamaan iman akan semakin tenggelam ibarat kayu mancis yang keenam.. (wallahualam)
sama2 la kita berusaha menjaga iman.sentiasa rawat hati dan check iman .. :D (muhasabah diri)
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)








