Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku
Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku
Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat padaMu
Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu
Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di syurga
Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat padaMu
Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertaubat padaMu
ASSALAMUALAIKUM WELCOME TO DUNIA HAIDAH
September 23, 2015
August 25, 2014
pengalaman mengajar erti sebuah kehidupan
Assalamualaikum...
saya merupakan seorang insan yang sering alpa dalam hal keduniaan..insan yang lemah dan insan yang tidak lepas dari melakukan dosa..saya merupakn seorang insan yang masih lagi tercari-cari apa yang diinginkan sebanarnya dalam hidup ini..ya saya akui untuk mencari dan mencapai apa yang diinginkan bukan lah satu perkara yang mudah untuk digapai..banyak pengalaman berliku yang harus kita tempuhi..tidak kira pengalaman itu yang menggembirakan ataupun yang menyedihkan..tapi aku sering mengingatkan diri ini supaya terima semua itu dengan hati yang terbuka kerana apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..
kadang kala aku berfikir...
adakah aku berada di alam realiti atau fantasi..
setiap kali ingin melelapkan mata...fikiranku sering bermain dengan kata-kata "adakah aku berada di alam realiti atau mimpi?"
aku berharap agar bila sedar dari tidur yang lena aku akan berada di alam realitiku..namun..pabila mata terbuka disiang hari..aku masih melihat dan berada dalam keadaan yang sama tidak ada yang berubah..aku bertanya lagi..betulkah aku berada dalam alam realiti ataupun fantasi semata-mata??
ketahuilah bahawa untuk melalui semua ini bukanlah satu perkara yang mudah..mmg mudah bagi mata yang memandang tapi begitu sukar bagi insan yang mengalaminya..aku hampir berputus asa dengan semua ini...tapi aku terus untuk pertahankan semangat dan kekuatan dalam diriku..aku harus percaya bahawa apa yang berlaku ke atas diri ku ini telah ditentukan olehNya..apa yang aku mampu lakukan hanyalah berdoa dan terus untuk berjuang dalam menghadapi liku-liku kehidupanku ini..
aku tahu dan aku sedar..ramai orang disekelilingku tidak dapat menerima dan sudah bosan dengan sikapku yang sering pelupa..aku dapat menggambarkan perasaan mereka..tapi jujur aku katakan aku tidak berniat untuk sengaja melupakan setiap perkara..aku cuba sedaya upayaku untuk mengingat setiap apa yang perlu aku lakukan..sama ada dari aspek keperluan harian ataupun tugasan..setiap apa yang berlaku ke atas diriku semua itu atas kehendak darinya..aku hanya insan biasa yang lemah dan tidak pernah terlepas dari melakukan dosa..aku memohon seribu kemaafan daripada masyarakat disekelilingku..andai aku ada membuat kalian sakit hati dengan perkataan dan perbuatanku aku memohon seribu kemaafan..
aku mohon tegurlah aku sekiranya aku ada melakukan salah ke atas kalian..
bantulah aku untuk mengingat setiap perkara yang penting..
bimbinglah aku ke jalan yang lurus..
dan tegurlah sekiranya aku ada melakukan kesalahan..
aku hanya mampu katakan "aku bangga dan bersyukur kerana Allah datangkan kalian semua kepada aku"
terima kasih...
August 5, 2014
selamat kembali AIDA!!
Assalamualaikum..
hai semua apa khbr??aida disini alhamdulillah semakin sihat dan pulih daripada sakit..syukur Allah masih berikan kesempatan kepada Aida untuk meneruskan pengajian yang tertangguh selama 1 tahun walaupun terpaksa berpisah dengan kawan-kawan sekelas tapi aida tahu disebalik semua itu ada hikmahnya..now..aida smbung semula pengajian yang tertangguh itu masih di institut yang sma iaitu di IPG Kampus Darul Aman Jitra Kedah dan berada di dalam semester 4(sepatutnya berada di sem 6)..rakan-rakan sekelas yang lama dan baru banyak membantu aida walaupun diorang tahu yang aida mengalami masalah dalam mengingat.aida perlukan masa untuk mengingat semula perkara-perkara yang berlaku..doktor pernah bgtw aida yang aida akan mengalami sedikit masalah dalam mengingat..doktor kata ia akan pulih tapi mengambil masa yang agak lama..doktor mensihatkan aida supaya mencatat apa2 maklumat yang disampaikan oleh guru, kawan, keluarga dan pensyarah di dalam buku.hal ini untuk memudahkan aida membuat rujukan sekiranya aida tidak dapat ingat semula..
aida berdoa semoga perkara yang baik itu dipermudahkan oleh allah dan aida meminta yang tidak baik itu dijauhkan..aida juga memohon doa dari sahabat2 yang mengenal diri ini supaya aida dapat melalui perjalanan yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini..terima kasih semua yang sudi membantu dan menerima keadaan aida dengan seadanya..love you all!! :):):)
hai semua apa khbr??aida disini alhamdulillah semakin sihat dan pulih daripada sakit..syukur Allah masih berikan kesempatan kepada Aida untuk meneruskan pengajian yang tertangguh selama 1 tahun walaupun terpaksa berpisah dengan kawan-kawan sekelas tapi aida tahu disebalik semua itu ada hikmahnya..now..aida smbung semula pengajian yang tertangguh itu masih di institut yang sma iaitu di IPG Kampus Darul Aman Jitra Kedah dan berada di dalam semester 4(sepatutnya berada di sem 6)..rakan-rakan sekelas yang lama dan baru banyak membantu aida walaupun diorang tahu yang aida mengalami masalah dalam mengingat.aida perlukan masa untuk mengingat semula perkara-perkara yang berlaku..doktor pernah bgtw aida yang aida akan mengalami sedikit masalah dalam mengingat..doktor kata ia akan pulih tapi mengambil masa yang agak lama..doktor mensihatkan aida supaya mencatat apa2 maklumat yang disampaikan oleh guru, kawan, keluarga dan pensyarah di dalam buku.hal ini untuk memudahkan aida membuat rujukan sekiranya aida tidak dapat ingat semula..
aida berdoa semoga perkara yang baik itu dipermudahkan oleh allah dan aida meminta yang tidak baik itu dijauhkan..aida juga memohon doa dari sahabat2 yang mengenal diri ini supaya aida dapat melalui perjalanan yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini..terima kasih semua yang sudi membantu dan menerima keadaan aida dengan seadanya..love you all!! :):):)
June 18, 2013
Perjalananku
apabila menerima mesej dari seorang sahabat "tahniah..kamu dapat IPG di kedah"..terpukul dan terpaku.."hah?? kedah??jauhnya..(monolog dalam hati)"..waktu tu hanya Allah saja yg tahu apa yang aku rasakan..harapan untuk masuk ke IPG Keningau tidak tercapai..sebelum melangkahkan kaki ke negeri jelapang padi..aku sering bermonolog dalam hati dengan menimbulkan pelbagai persoalan..memang tidak dapat dinafikan perasaan takut dan bimbang sering menyelubungi diri..tapi mak dan bapa adalah orang yang selalu memberi kata-kata semangat, dorongan dan nasihat..mak dan bapa kata ada hikmah kenapa aku dipilih untuk menjejakkan kaki ke negeri jelapang padi..ada sebab kenapa Allah menghantar aku ke negeri ini...
debaran semakin terasa pabila tiba hari yang ditunggu2 iaitu penerbagan pertamaku ke negeri kedah..terasa berat hati untuk meninggalkan keluarga dan negeri kelahiran ku..sebelum masuk ke balai pelepasan..mak dan bapa berpesan.."jaga diri elok2..datang kedah dengan niat untuk menimba ilmu..jangan lupa solat..jaga perilaku dengan orang lain dan jangan lupa selalu call mak dan bapa.." ya Allah sebak sungguh hati tambahan lagi air mata kedua ibu bapa ku mengalir membasahi pipi...ya Allah sayu hati bila tngok..aku cuba untuk menahan air mataku daripada mengalir walaupun kelopak mata dipenuhi dengan air mata..masuk ke balai pelepasan..lambaian daripada ibu bapaku menemaniku sehingga kelibat mereka tidak kelihatan dari pandangan mataku..
pabila kaki menyentuh tanah negeri kedah..sehingga ke hari ini..aku sangat bersyukur kerana Allah telah meletakkanku di satu tempat yang dapat memberiku sedikit demi sedikit pengisian kepada pencarianku selama ini...Allah telah mendatangkan kepadaku sahabat2 dan kakak2 Naqibah yang sangat baik dan banyak membimbingku..Alhamdulillah...teringat pesan guruku.."haidah galilah sebanyak manapun ilmu di negeri kedah..bersahabatlah dengan orang2 yang baik..jangan sia2kan masamu selama 5 tahun setengah di negeri yang mana masyarakatnya begitu cintakan ilmu.." now..hanya tinggal 2 tahun setengah lagi aku berada di negeri ini...InshaAllah aku akan cuba untuk menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya..sekurang2nya tidak pulang dengan tangan kosong. :) InshaAllah..
May 7, 2013
soalan yang mencemaskan
sewaktu melintas Titian Sirat, tiada harapan kecuali Kasih-Mu Tuhan..
sebuah buku yang ditulis oleh Suyadi..pengisian yang sangat memberi sentuhan pada Qalbu..pengisian yang menyedarkan diri betapa banyaknya perkara yang perlu dilakukan.. menyedarkan diri betapa banyaknya dosa yang telah dilakukan..(Astaghfirullah)
salah satu topik yang disentuh dalam buku ini ialah "soalan yang mencemaskan"..soalan ini akan dikemukakan semasa di hari perhitungan..6 soalan yang mencemaskan iaitu :
1. soalan keimanan
2. soalan berkaitan amanah
3. soalan berkaitan mata, telinga dan hati
4. soalan berkaitan umur, ilmu dan harta
5. soalan berkaitan dengan nikmat Allah
6. soalan berkaitan janji dan sumpah
soalan berkaitan mata, telinga dan hati
sebuah buku yang ditulis oleh Suyadi..pengisian yang sangat memberi sentuhan pada Qalbu..pengisian yang menyedarkan diri betapa banyaknya perkara yang perlu dilakukan.. menyedarkan diri betapa banyaknya dosa yang telah dilakukan..(Astaghfirullah)
salah satu topik yang disentuh dalam buku ini ialah "soalan yang mencemaskan"..soalan ini akan dikemukakan semasa di hari perhitungan..6 soalan yang mencemaskan iaitu :
1. soalan keimanan
2. soalan berkaitan amanah
3. soalan berkaitan mata, telinga dan hati
4. soalan berkaitan umur, ilmu dan harta
5. soalan berkaitan dengan nikmat Allah
6. soalan berkaitan janji dan sumpah
soalan berkaitan mata, telinga dan hati
ia merupakan soalan yang ketiga yang akan ditanya..
setiap pemimpin negara ataupun ketua keluarga tidak akan terlepas daripada tanggungjawab ini begitu juga dengan orang yang bekerja sepanjang hidupnya. setiap manusia bertanggungjawab ke atas jawatan dan kerjanya (tidak ada manusia yang akan terlepas daripada soalan ini)..contohnya seorang petani bertanggungjawab atas hasil pertaniannya. selepas itu manusia akan disoal berkaitan dengan amanah yang dimiliki oleh semua manusia iaitu mata, telinga dan hati.
mengapa mata, hati dan telinga?? mengapa anggota lain seperti kaki, tangan, kepala, rambut dan lain-lain tidak disoal??ini kerana ketiga3 anggota tubuh sini memegang peranan penting dalam menentukan amal baik dan buruk manusia itu.
Allah menyatakan dalam surah Al- Israk ayat 36
" jangan kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui. sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya pasti ditanya apa yang dilakukan".
manusia dapat melihat perkara haram dengan mata, kemudian tidak mengalihkan pandangan. malah memrhatikan, meniikmati dan akhirnya menggerakkan kaki dan tangan bagi menikmati apa yang dilihatnya itu. pada masa itu, catatan amal menambah lagi keburukan untuk dirinya.
kita dapat mendengar suara daripada satu ataupun sekumpulan orang yang tidak sengaja ataupun secara kebetulan dengan telinga. kemudian kita memasang telinga, mengumpat dan bersangka buruk kepada apa yang kita dengari. Walhal, Allah melarang kita berburuk sangka serta mencari keburukan orang lain.
Allah berpesan dalam surah al - Hujurat ayat 12
" wahai orang beriman, jauhi kebanyakan sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. jangan kamu mencari kesalahan orang lain dan jangan kamu mengumpat yang lain. adakah kamu suka makan daging saudara yang sudah mati? sudah pasti kamu jijik kepadanya. bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi maha mengasihani"
manusia juga mudah terjebak dengan berita yang tidak benar, kemudian menyebarkan kepada orang lain dan akhirnya menimbulkan fitnah. semua ini bermula daripada pendengaran, terutamanya pada orang yang lemah imanya. sememangnya tabiat manusia ada yang suka mendengar cerita keburukan saudaranya dan menyebarkan berita yang didengari daripada mulut orang lain kepada semua manusia. tanpa disedari, dia memfitnah saudaranya sendiri walaupun dia tahu, perbuatan memfitnah itu adalah lebih kejam daripada membunuh. apabila pendengaran mengakibatkan kesan yang buruk, semakin bertambah berat keburukan yang tercatat dalam catatan amal manusia.
oleh itu, sememangnya wajar Allah meminta telinga bertanggungjawab atas apa yang didengarinya. manusia yang ditakdirkan mempunyai pendengaran yang kurang baik seperti cacat pendengaran, dia terlepas daripada beban tanggungjawab ini. oleh kerana itu, tanggungjawab telinga adalah tidak mendengar perkara yang haram dan menjauhkan tubuh badan daripada keburukan dan kejahatan.
hati juga tidak terlepas daripada tanggungjawab ini. Allah meminta pertanggungjawaban daripada organ tubuh yang istimewa ini. Allah bertanya "mengapa engkau suka menikmati perkara2 maksiat? mengapa engkau membiarkan hatimu terbelenggu oleh hal2 buruk? mengapa engkau membenci padahal aku mencintai dan menyukai apa yang engkau benci?"
Rasulullah menjelaskan perkara ini melalui hadis ini, "pada hari kiamat, Allah mendatangi hamba-Nya dan berkata, 'bukankan aku sudah menjadikan untukmu mata, telinga, harta dan anak2? aku juga sudah menundukkan untukmu binatang ternakan dan tanah, kemudian aku biarkan kamu menggunkannya dan menikmatinya.'"
manusia perlu berhati2 dan berwaspada menggunakan setiap organ tubuh, terutamanya mata, telinga dan hati. sekiranya tidak dikawal dengan baik, ketiga2 organ tubuh ini menjadi sumber malapetaka kepada manusia apabila hari kiamat nanti. ketiga2 organ ini menjadi sumber amal baik dan buruk yang dicatat dalam catatan amal manusia. hanya manusia sahaja yang dapat mengawal ketiga2 organ ini terselamat apabila melintasi titian sirat. berlainan pula dengan manusia yang tidak amanah kepada pendengaran, penglihatan dan hatinya tercampak daripada titian sirat.
:: just copy n paste daripada buku "terpelanting dari Siratulmustakim". perkongsian dan juga sebagai peringatan terutamanya buat diri ini..(insan yang lemah dan sering melakukan dosa) ::
April 19, 2013
sedih kerana berpisah dengannya??
ramai orang yang menyatakan "sedihnya bila berpisah dengannya".."betapa terguris hati ini pabila terpisah dengannya".."hanya dia yang pertama di hati ini"..sedihnya...(erk..apakah??)..That right..memang sedih dan sakitnya hati bila terpisah dengan orang yang kita betul2 sayang apatah lagi sekiranya dia adalah orang yang pertama berjaya membuka kunci hati kita..(cewah mcm doktor cinta la pula hehe)..tapi satu yang kita harus ingat..ada hikmah mengapa kita terpisah dengannya..Allah mengatur segalanya dan setiap rancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk hambanya... :D
memang sukar untuk kita menerima kenyataan bahawa orang yang kita sayang sepenuh hati pergi meninggalkan kita begitu sahaja..memang perit untuk kita lalui semua ini..payah untuk melupakan segala kenangan bersamanya..tapi lebih sakit dan parah lagi sekiranya kita terpisah daripada Sang Pencipta..hidup seperti berjalan di dalam gelap..tak ada cahaya yang menerangi..hati menjadi kelam..hati menjadi gelisah dan hati menjadi lebih parah lukanya..hidup menjadi tidak bermakna kerana tidak mendapat Rahmat dan Berkat daripadanya..(so pilih yang mana lebih sakit dan perit..terpisah dengan si Dia atau pun terpisah dengan Sang Pencipta?..)
soal jodoh?? setiap manusia dilahirkan didunia ini mempunyai pasangan masing-masing..jodoh itu rahsia Allah..walaupun digenggam kuat, andai dia bukan milik kita, ia akan terlepas jua..walaupun ditolak ke tepi, andai ia untuk kita, ia akan datang jua..itu lah namanya jodoh..(wah hebat pula aku berfalsafah ni ye hikhikhik...)..tak perlu risau.. :)
"perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik"
(Surah Al- Nur ayat 26)
kita perlu risau andai diri kita semakin jauh dari Allah..Allah itu pemilik dunia ini..dia yang mentadbir seluruh alam ini..tanpa Allah siapa lah kita..jauhnya kita dengan Allah maka jauhlah kita dengan Rahmatnya..hidup yang tidak mendapat Rahmat dan keberkatan menjadikan hidup tidak bermakna..hidup tidak ada hala tuju dan porak peranda..cuba bayangkan andai kita jauh darinya..adakah hidup akan menjadi aman?? mahukah kita menjadi seperti orang yang berjalan dalam kegelapan?? tidak boleh melihat jalan dan tidak boleh melihat cahaya??..renung2kn lah..
::peringatan bersama terutamanya diri ini::
April 13, 2013
Insan yang Lemah
aku insan yang lemah..aku insan yang tidak lepas dari melakukan dosa..aku insan yang sering alpa dengan hal keduniaan..aku juga insan yang lemah dalam menjalankan istiqomah..ya Allah betapa lemahnya aku dalam menjalankan tanggungjawab sebagai hambamu..hati sering bertanya apakah aku mampu menghadapi segala ujian yang bakal engkau lemparkan kepada ku..kuatkah aku menghadapinya..apakah bekalan yang ada didalam diri ini mencukupi untuk aku bawa ke medan perjuangan..ya Allah...begitu lemahnya diri ini...
setiap kali aku berusaha menuju ke jalanmu..banyak dugaan yang aku terima..semakin banyak anasir2 lain datang menerpa ke arah ku..aku tahu ini merupakan ujian yang engkau berikan untuk menguji sejauh mana tahap keimanan ku kepadamu..kekadang aku hampir berputus asa dengan semua ini..ya Allah betapa lemahnya hambamu ini..lemaahnya diri ini menyebabkan begitu banyak dosa yang telah ku lakukan..aku sering terlupa dengan tanggungjawab dan amanah yang sepatutnya aku laksanakan sebagai umat Islam..
hati ini menangis bila teringatkan segala dosa yang telah aku lakukan..kealpaan dunia menyebabkan aku hanyut dalam belaian kesenangan dunia...
aku cuba untuk berubah menjadi yang lebih baik..tapi aku lemah dalam istiqomah..aku memerlukan panduan yang membolehkan aku memandu ke arah dan jalan yang betul dan tidak terpesong keluar daripada landasan.."ya Allah kurniakan lah kepada ku insan yang boleh membawa aku mendekatkan diri kepadamu..lindungilah aku dari terjebak dengan golongan yang ingkar akan perintahmu.." aku tahu hanya Allah yang menentukan segalanya..namun, sebagai insan..perlu berusaha untuk menggapai redha Illahi..
ya Allah ampunkan lah segala dosa-dosaku..
jangan biarkan aku terumbang-ambing dan tenggelam dalam lautan dosa..
berilah laku pimpinan agar aku tidak tersesat dalam menuju ke jalanmu..
Subscribe to:
Posts (Atom)